the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar bertemu Canselor jerman untuk perkukuh hubungan dua hala, perniagaan

BERLIN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Canselor Olaf Scholz memandangkan Malaysia berhasrat untuk memperkukuh hubungan dua hala dan perniagaannya dengan Jerman.

Ketibaan Anwar disambut mesra oleh Scholz di Canselori Persekutuan pada 6 petang Isnin waktu tempatan (1 pagi Selasa waktu Malaysia) di mana beliau diberikan sambutan rasmi.

Anwar kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang dibarisi oleh anggota tentera Jerman atau Wachbataillon of the Bundeswehr sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri disertai oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick serta Duta Besar Malaysia ke Jerman Datin Paduka Dr Adina Kamarudin.

Turut hadir Setiausaha Negara bagi Ekonomi, Kewangan dan Hal Ehwal Eropah Dr Jorg Kukies serta Duta Besar Jerman ke Malaysia Dr Peter Blomeyer.

Kedua-dua pemimpin membincangkan kemajuan hubungan Malaysia-Jerman terutama kerjasama ekonomi, pendidikan, alam sekitar, eksport minyak sawit dan kelestarian serta bertukar pandangan mengenai krisis kemanusiaan di Palestin selain isu global yang mempunyai kepentingan bersama.

Terdahulu, Anwar yang berada Berlin dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke negara ekonomi ketiga terbesar di dunia itu, bertemu dengan Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier di Istana Bellevue.

Menurut Wisma Putra, lawatan rasmi itu dijangka terus memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Putrajaya dan Berlin.

Terdapat lebih 700 syarikat Jerman berpangkalan di Malaysia yang mewujudkan sejumlah 65,000 peluang pekerjaan dan negara itu adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia dalam kalangan anggota Kesatuan Eropah sejak tahun 2000 manakala Malaysia merupakan rakan perdagangan terbesar bagi Jerman dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Pada 2023, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM63.45 bilion (USD13.90 bilion) berbanding RM59.87 bilion (USD13.62 bilion) pada 2022.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings