the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah Rayuan: Hotel tanggungjawab atas kematian warga China di kolam renang

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memutuskan sebuah hotel lima bintang di ibu negara bertanggungjawab atas kematian seorang warga China di kolam renangnya, tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Supang Lian, Datuk Azimah Omar dan Datuk Wong Kian Kheong membenarkan rayuan masing-masing oleh si ibu, Qi Qiaoxian dan si bapa, Wang Bin, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi menolak saman dan rayuan mereka.

Anak pasangan itu, Qi Xiangqing, seorang guru bahasa dari wilayah Yunnan, China berusia 22 tahun, memasuki Malaysia sebagai pelancong dan menginap di Hotel Sunway Putra di Kuala Lumpur.

Qi ditemui mati lemas pada 14 Feb 2017.

Dalam alasan penghakimannya bertarikh 2 April, Hakim Wong memerintahkan pihak hotel membayar ganti rugi, termasuk RM5,887 untuk perbelanjaan perjalanan, RM53,496 untuk perbelanjaan pengebumian, RM280,000 untuk kehilangan sokongan dan RM80 untuk laporan perubatan si mati.

Beliau juga memerintahkan supaya faedah lima peratus setahun dikenakan ke atas pemberian ganti rugi dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh award serta kos RM25,000.

Alasan penghakiman telah disiarkan di laman web badan kehakiman itu minggu lepas.

Ibu bapa mangsa mengemukakan saman terhadap hotel berkenaan dengan menuntut gantri rugi atas kematian anak mereka dan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi menolak saman tersebut masing-masing pada 2021 dan 2022.

Mahkamah Rayuan menyampaikan penghakiman lisan pada Februari lepas.

Hakim Wong berkata hotel itu melanggar kewajipan penjagaanya yang menyebabkan kematian mangsa.

Beliau berkata Mahkamah Rayuan berpendapat hotel itu mengaku cuai kerana pengurus besarnya, Michael Monks, telah mencadangkan penyelesaian.

Beliau turut berkata ibu bapa si mati, selaku plaintif, mempunyai hak dari segi undang-undang untuk memfailkan tindakan itu wakaupun terdapat bantahan oleh defendan (hotel).

Wong berkata kolam renang itu sedalam tiga meter dan mana-mana pengendali hotel lima bintang yang munasabah sepatutnya memastikan anggota penyelamat bertauliah bertugas apabila kolam itu dibuka kepada tetamu hotel, termasuk si mati.

Katanya pada masa kejadian, seorang pekerja defendan juga sepatutnya memantau kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kolam berkenaan.

Pihak plaintif di wakili peguam Loh Chang Woo, Lim Shin Yee dan Norizul Naufal Dzulkarnain manakala defendan oleh peguam Gan Khong Aik dan Gwee Xi Wen.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings