the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKNK sasar sifar kes keracunan makanan sepanjang Ramadan

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) berharap dapat mengekalkan rekod sifar keracunan makanan di bazar Ramadan tahun ini.

Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin (gambar) berkata tiada sebarang kes keracunan makanan dilaporkan di bazar melibatkan pengguna tahun lepas, malah tahap kebersihan premis juga mencatatkan 96.2 peratus.

“Majoriti peniaga yang terlibat (tahun ini) ialah orang yang sama pada 2023, jadi mereka sudah tahu mengenai peraturan yang ditetapkan,“ katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya menerusi program Tanggungjawab Korporat Sosial Semarak Ramadan 2024 di sini hari ini.

Dr Zaini berkata sebanyak 180 petugas JKNK akan membuat pemantauan dan pemeriksaan melibatkan 66 bazar Ramadan di seluruh negeri agar tidak berlaku sebarang pelanggaran peraturan termasuk kebersihan, selain mengambil sampel makanan yang didapati tercemar.

Dalam pada itu, beliau menasihati masyarakat supaya mengelakkan terdedah terlalu lama di kawasan terbuka dan panas seperti bazar Ramadan memandangkan cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dan menggunakan payung atau topi sebagai pelindung diri bagi mengelakkan terkena strok haba. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings