the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Loke: Pembinaan lima stesen LRT3 dijangka dilaksana 2027

KUALA LUMPUR: Pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dibatalkan sebelum ini dijangka bermula pada 2027, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata pembinaan lima stesen baharu itu tidak akan dapat diselesaikan atau dilaksanakan menjelang tahun depan.

“Stesen itu belum dibina, maka ia tidak dapat disiapkan dalam tempoh setahun. Ia adalah stesen pilihan yang akan dikembalikan tetapi mengambil masa dua atau tiga tahun untuk dilaksanakan,” katanya pada sidang media pembentangan Laporan Prestasi 2023 dan Pelan 2024 Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 mengumumkan kerajaan akan meneruskan semula cadangan pembinaan lima stesen LRT3 merangkumi stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik yang dibatalkan sebelum ini dengan membabitkan kos RM4.7 bilion.

Projek pembinaan LRT3 yang bermula di Bandar Utama dan berakhir di Johan Setia, Selangor dijangka memulakan operasi pada 1 Mac 2025 dan bakal memberikan manfaat kepada dua juta penduduk. Projek pengangkutan mega itu dijangkakan menelan belanja kira-kira RM16 bilion.

Mengenai status projek LRT3, Loke berkata ia telah mencapai 91.68 peratus setakat 25 Dis tahun lepas dan pengoperasian LRT bagi laluan Shah Alam itu masih disasarkan bermula 1 Mac tahun depan.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa status bagi projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura telah mencapai tahap 65 peratus siap daripada aspek infrastruktur dan lebih 33 peratus bagi aspek sistem setakat ini.

“Sasaran ia siap sepenuhnya adalah pada 31 Dis 2026,” kata Loke.

RTS Link adalah rangkaian rel sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar, Stesen Johor Bahru dan Woodlands di Singapura dan dijangka mampu menarik 35 peratus daripada 350,000 orang yang bergerak melalui Tambak Johor setiap hari.

Mengenai perkembangan kerja pembaikan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya, Loke berkata ia telah siap sepenuhnya dan sedang menjalani proses percubaan yang dikendalikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum dapat kembali beroperasi pada akhir Februari ini.

Menurut Loke, kerja pembaikan itu melibatkan kos RM30 juta yang ditanggung oleh Prasarana dan memaklumkan bahawa Prasarana akan menyaman syarikat kontraktor atau pemilik projek yang menyebabkan kerosakan di stesen berkenaan.

Pada 27 Jan tahun lepas, perkhidmatan LRT laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen Bandaraya selain kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai disebabkan kerja-kerja pembinaan di kawasan bersebelahan.

Susulan itu, Rapid Rail terpaksa menutup laluan antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya dan penumpang LRT terpaksa menggunakan laluan alternatif termasuk bas untuk ke destinasi masing-masing. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PM Anwar urges support for Malaysian Muay Thai title bid

KUALA LUMPUR, July 22 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has called on Malaysians to rally behind national Muay Thai athlete Ahmad Nor Iman Aliff Rakib as he prepares to challenge for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday.In a Facebook post today, Anwar said Ahmad Nor Iman Aliff has the opportunity to make history as the first Malaysian combat sports athlete to qualify for a shot at the world title."Let us all give our full support to Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, who will be competing for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday."May you continue to raise Malaysia's name on the world stage and inspire the younger generation to achieve success at the highest level," he said.Ahmad Nor Iman Aliff will face Thai Muay Thai legend Sam-A Gaiyanghadao for the title at Lumpinee Stadium in Bangkok.

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings