the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes Covid-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes Covid-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan (gambar) berkata jumlah kes kematian Covid-19 juga menunjukkan penurunan yang ketara dari 32 kes pada ME 1/2024 kepada satu kes pada ME 14/2024 iaitu penurunan 95.5 peratus.

“Sejak Minggu Epidemiologi 1 tahun 2024 (ME 1/2024), jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan menunjukkan penurunan yang ketara,” katanya dalam kenyataan hari ini mengenai situasi semasa Covid-19 di negara ini.

Beliau berkata sehingga kini, varian yang sedang menular di Malaysia masih lagi varian Omicron dengan subvariannya tidak menyebabkan jangkitan yang teruk kepada individu yang dijangkiti.

“Walaupun situasi Covid-19 bertambah baik, virus Covid-19 akan terus berada bersama kita dan kita perlu berwaspada menghadapinya. Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau situasi terkini Covid-19 di peringkat global dan di Malaysia.

“KKM mempunyai kaedah pemantauan untuk menilai situasi Covid-19 sejak fasa awal pandemik yang dikenali sebagai Sistem Amaran Awal (HAS) dan masih digunakan sehingga kini,” katanya.

Sempena Aidilfitri ini, Dr Muhammad Radzi menasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan serta mencegah jangkitan atau menularkan kepada orang lain susulan perjumpaan dengan orang ramai di tempat tertutup dan sesak.

Langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang perlu diamalkan untuk “hidup bersama Covid-19” dengan selamat adalah dengan kerap mencuci tangan dengan pensanitasi.

Selain itu, memakai pelitup muka terutamanya bagi yang berisiko tinggi mendapat jangkitan, atau individu yang bergejala, atau apabila berada di tempat tertutup atau sesak dan terus mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek) sekiranya bergejala.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan. Berhenti rehat seperti singgah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) untuk mengurangkan stres.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings