the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Treler terbabas ke gaung 20 meter di Gua Musang, pemandu terselamat

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KOTA BHARU: Seorang pemandu treler terselamat tanpa kecederaan selepas kenderaannya terbabas ke dalam gaung sedalam 20 meter di Jalan Gua Musang-Kuala Betis, dekat Gua Musang, hari ini.

Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Gua Musang Nor Azizi Che Noh, kejadian berlaku pada jam 2.44 petang melibatkan Wan Mohamad Irwan Wan Noor Ahmad, 32, dari Gua Musang.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, kami mengesahkan treler tanpa muatan itu hilang kawalan dan terbabas ke kawasan hutan. Mangsa berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan selamat,“ katanya.

Siasatan awal mendapati treler tersebut dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Betis untuk mengambil muatan balak ketika kejadian.

Nor Azizi menjelaskan, treler itu hilang kawalan selepas menuruni bukit setinggi 20 meter sebelum memasuki laluan bertentangan dan terbalik ke gaung.

“Mangsa bernasib baik kerana treler tersangkut di longkang tepi jalan, mengelakkan ia terjunam lebih dalam. Orang awam menghubungi bomba kerana mangsa kelihatan terkejut dan tidak memberi respon,“ jelasnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img