the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SWCorp pasang CCTV pantau kegiatan buang sampah merata-rata sempena Aidilfitri di N.Sembilan

KUALA PILAH: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan memasang 16 kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi tumpuan laluan awam di negeri ini menerusi Operasi Pemantauan Larangan Membuang Sampah Merata-rata sempena Aidilfitri ini.

Pengarahnya Hazahar Hashim berkata usaha itu adalah hasil kerjasama antara SWM Environment Sdn Bhd dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memberi kesedaran kepada masyarakat agar menggunakan jalan raya dengan berhemah tanpa melakukan pembuangan sampah merata-rata sehingga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Pemasangan CCTV ini turut fokus di persimpangan lampu isyarat, contohnya jika kesalahan membuang putung rokok dari kenderaan dapat dikesan, ia akan diserahkan kepada PBT. Masyarakat perlu sedar tindakan membuang sampah seperti botol, kertas dan sebagainya boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

“Pengguna jalan raya lain boleh membantu pihak SWCorp, SWM atau PBT dengan menyalurkan bukti seperti video dan gambar yang memaparkan individu tidak bertanggungjawab membuang sampah dari kenderaan mereka,” katanya kepada pemberita dalam persidangan media di Ulu Bendul, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri J. Arul Kumar dan Pengurus Besar SWM, Mohd Norlisam Mohd Nordin.

Hazahar berkata SWCorp juga akan menggunakan dron di lokasi tertentu bagi mengesan mereka yang melakukan kesalahan membuang sampah merata-rata.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings