the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KSN: Laporan bulanan kemajuan projek kerajaan mampu elak ketirisan

KUALA LUMPUR: Pelaporan secara bulanan mengenai kemajuan pelaksanaan projek kerajaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membantu mengelakkan ketirisan bagi setiap projek, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (gambar).

Mohd Zuki berkata dengan kaedah itu, segala perincian kos akan dikemukakan secara lebih jelas dan telus termasuk penelitian pelbagai isu seperti analisis ke atas aliran tunai, isu teknikal dan sebagainya.

Katanya pelaporan bulanan itu juga dapat memantau dan meneliti pelaksanaan setiap inisiatif atau projek berimpak tinggi bagi memastikan ia mengikut perancangan serta semua projek kerajaan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Sekiranya terdapat kelewatan, tindakan pembaikan dapat diambil dengan segera.

Pendekatan sebelum ini juga akan diteruskan, namun akan ditambah baik dengan penekanan baharu di mana ini memerlukan komitmen semua pihak dan perkara-perkara penting akan terus dilaporkan kepada Jemaah Menteri,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Zuki berkata melalui pelaporan secara bulanan itu, rakyat juga dapat melihat setiap projek kerajaan dilaksanakan secara telus tanpa campur tangan pihak tidak berkepentingan.

“Malah, projek yang dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada rakyat, dapat diselesaikan dengan cepat dan telus,” katanya.

Ditanya sama ada kontraktor yang gagal menyempurnakan projek mengikut masa ditetapkan akan disenarai hitam, beliau berkata siasatan terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mengetahui sebab berlakunya kelewatan sesuatu projek.

“Sekiranya kontraktor didapati gagal mematuhi syarat-syarat kontrak, maka kontraktor terbabit boleh disyorkan untuk disenaraihitamkan,” katanya.

Terdahulu, Anwar dilaporkan mengarahkan ketua setiausaha (KSU) kementerian dan ketua jabatan untuk mengemukakan laporan bulanan mengenai kemajuan dan sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan projek kerajaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata laporan berkenaan perlu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara sebelum dimaklumkan kepada beliau. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings