the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPK akan ambil tindakan terhadap produk mendiskriminasi minyak sawit Malaysia – Johari

KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengimport produk yang mendiskriminasi minyak sawit di negara ini, kata menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata setiap produk import yang mempunyai tanda mendiskriminasi produk sawit akan didenda sehingga RM250,000 mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

“Kita nampak banyak produk import dari luar (negara) yang tidak ada kena-mengena dengan sawit, tetapi pada pembungkusan dinyatakan ‘tanpa minyak sawit’ atau palm oil free.

“Kita ada undang-undang. Mereka mendiskriminasi produk kita, mana boleh? Di Indonesia, anda tidak akan berdepan situasi ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Johari berkata perbincangan bersama KPDN akan dilakukan pada bulan hadapan.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara FGV Holdings Bhd dan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan pelancaran label baharu minyak masak SAJI dengan logo MSPO.

Beliau berkata, dalam usaha memampankan industri sawit negara, Johari berkata KPK akan berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk meletakkan logo MSPO pada setiap produk berasaskan minyak sawit yang dipasarkan dalam negara.

Beliau berkata kewujudan logo MSPO dapat menekankan kepentingan alam sekitar serta kesedaran terhadap usaha kemampanan dalam industri sawit negara.

Sementara itu, pemeteraian MoU berkenaan adalah sebagai jalinan kerjasama antara MSPO dan FGV dalam mempromosi silang, menukar maklumat sekali gus meneroka peluang baharu dan inisiatif berkaitan kemampanan dalam industri minyak sawit dan halal. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings