the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Papagomo didakwa sebut perkataan menghasut kaitkan kerajaan Pro-Israel, Barat

KUALA LUMPUR: Bekas Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan barat, tahun lepas.

Wan Muhammad Azri, 41, atau lebih dikenali Papagomo mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

“Saya mengaku tidak bersalah dan bersedia untuk dibicarakan,” katanya.

Wan Muhammad Azri didakwa menyebut kata-kata menghasut di laman Facebook ‘Halid Hamidi (Halid Mat Kool)’ dan kata-kata itu telah dilihat oleh individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di sini pada 1 tengah hari, 8 Nov lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin selain memohon tertuduh dikenakan perintah larangan supaya tidak membuat sebarang komen berhubung kes dihadapinya.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Wan Muhammad Azri memohon jaminan RM3,000 dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama baik sepanjang siasatan oleh pihak berkuasa.

“Anak guam saya bekerja secara dalam talian selain menanggung isteri yang juga seorang suri rumah serta lima anak masih bersekolah. Pihak kami juga membantah perintah larangan kerana ia merupakan hak kebebasan bersuara anak guam,“ katanya.

Priscilla Hemamalini membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan tidak meletakkan sebarang syarat tambahan serta menetapkan 5 Feb depan untuk sebutan kes.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Competition, workplace safety and financial pressures shape risk agenda for Korean businesses, Aon survey

Aon's 2025 Global Risk Management Survey finds that increasing competition, workplace safety and financial pressures are the top concerns for Korean businesses, highlighting the need for stronger enterprise risk management, improved resilience and data-driven decision-making amid evolving economic and regulatory challenges.

Post-pandemic health upgrade drives global brands to Southeast Asia: High-purity Omega-3 leader WHC selects...

Belgium-based Omega-3 specialist WHC has entered Singapore with its flagship UnoCardio 1000, using the country as its strategic Southeast Asian hub. The expansion reflects growing demand for high-purity, science-backed health supplements in the region's post-pandemic wellness market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings