the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

31 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi di ibu kota

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur menggempur tiga kawasan panas lokasi tumpuan pendatang tanpa izin di sekitar ibu kota malam semalam dan menahan 31 warga asing atas pelbagai kesalahan.

Operasi bermula pukul 9.30 malam itu berakhir pada 11 malam dengan menumpukan di kawasan panas sekitar pusat beli-belah Pavilion di Bukit Bintang, Suria KLCC dan Pintasan Saloma.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Jafri Embok Taha berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 19 hingga 50 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 15(1) c Akta Imigresen 1963 kerana tinggal lebih masa dan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas.

“Pendatang tanpa izin yang ditahan melibatkan seramai empat orang warga Indonesia, Bangladesh (lapan), India (enam), Pakistan (empat), Nepal (empat), Filipina (tiga) Afganistan dan Syria masing-masing seorang,“ katanya dalam sidang media selepas operasi berkenaan di KLCC di sini malam semalam.

Seramai 42 anggota terlibat dalam operasi berkenaan selain dibantu empat petugas Jabatan Pendaftaran Negara.

Jafri berkata operasi malam ini dijalankan hasil risikan selama seminggu susulan aduan awam berhubung kebanjiran pendatang tanpa izin di kawasan berkenaan.

“Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Kuala Lumpur untuk tujuan dokumentasi,“ katanya.

Dalam pada itu Jafri memberi amaran JIM akan terus meningkatkan operasi bagi memastikan ibu negara bebas daripada pendatang tanpa izin. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings