the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah tolak permohonan Rumah Bonda cabar perintah JKM tutup premis

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur (Rumah Bonda) untuk mencabar tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan menutup premisnya.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membuat keputusan itu selepas mendapati arahan responden pertama (Pengarah JKM Wilayah Persekutuan) untuk menutup premis tersebut telah dilakukan dengan betul di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.

Rumah Bonda, menerusi Pengerusinya Siti Bainun Ahd Razali (gambar), telah memfailkan semakan kehakiman pada 13 Ogos 2021 dengan menamakan Pengarah JKM Wilayah Persekutuan serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai responden.

Ahmad Kamal berkata mahkamah juga mendapati permohonan itu bersifat akademik kerana saman pemula telah difailkan oleh Rumah Bonda di Mahkamah Majistret di sini untuk memohon perintah agar JKM membuang tanda sitaan bagi premisnya yang diluluskan oleh Mahkamah Majistret pada 15 Julai 2022 tertakluk kepada syarat bahawa ia tidak akan beroperasi sebagai pusat jagaan selagi ia tidak berdaftar.

“Mahkamah mendapati pemohon juga mempunyai pengetahuan bahawa Rumah Bonda tidak dibenarkan beroperasi sebelum pendaftaran dan ini boleh dilihat daripada surat yang dikeluarkan oleh JKM Wilayah Persekutuan kepada pemohon,“ kata beliau.

Beliau berkata mahkamah berpandangan bahawa dakwaan penderaan terhadap Bella, seorang remaja perempuan dengan Sindrom Down di bawah jagaan mereka bukanlah sebab untuk responden pertama menutup Rumah Bonda sebaliknya kerana premis itu tidak didaftar sebagai pusat jagaan.

Hakim itu berkata mahkamah juga berpendapat bahawa responden kedua tidak sepatutnya dinamakan sebagai pihak dalam permohonan tersebut kerana tiada bukti yang menunjukkan bahawa ia terlibat dalam proses membuat keputusan.

“Keputusan menutup premis itu telah dibuat oleh responden pertama dan ia tidak dicemari oleh apa perkara yang tidak sah di sisi undang-undang, tidak rasional atau tidak munasabah. Justeru, mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ini tanpa kos,“ katanya ketika menyampaikan keputusan itu hari ini menerusi aplikasi Zoom.

Peguam Asiah Abd Jalil mewakili Rumah Bonda manakala Peguam Kanan Persekutuan Nur Idayu Amir bagi pihak responden.

Pada 15 Nov 2021, Mahkamah Tinggi ketika membenarkan bantahan Jabatan Peguam Negara membenarkan permohonan Rumah Bonda untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung tindakan JKM menutup premisnya di Taman Setapak di sini.

Pada 25 Julai 2023, Mahkamah Rayuan memerintahkan permohonan semakan kehakiman oleh Rumah Bonda dikembalikan ke Mahkamah Tinggi selepas panel tiga hakim sebulat suara memutuskan bahawa terdapat merit dalam rayuan itu.

Menerusi permohonan itu, Siti Bainun antara lain mendakwa perintah yang dikeluarkan oleh JKM pada 9 Julai 2021 dan penutupan premisnya pada 12 Julai adalah dipengaruhi tekanan orang ramai susulan laporan media berkaitan isu penderaan kanak-kanak di pusat jagaan berkenaan yang tular pada 5 Julai tahun sama.

Siti Bainun mendakwa tindakan kedua-dua responden telah dilakukan secara tergesa-gesa susulan desakan orang ramai supaya JKM dan kerajaan mengambil tindakan berhubung dakwaan kes penderaan di premis itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings