the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Konvensyen pertama Kerajaan Perpaduan Perak, medium perkasa naratif kerajaan negeri

IPOH: Konvensyen pertama Kerajaan Perpaduan Perak yang bakal berlangsung pada 28 Jan ini dianggap sebagai langkah penting dalam membuktikan keseriusan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk terus bekerjasama demi melancarkan pentadbiran kerajaan negeri.

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak Mohd Azlan Helmi berkata antara inti pati yang akan dibincang oleh kedua-dua pihak dalam konvensyen itu ialah usaha menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Konvensyen yang akan diadakan ini menghimpunkan semua parti bagi menunjukkan betapa bersatu padunya kita dalam usaha mencapai matlamat utama membangunkan Perak dengan membawa lebih banyak pelaburan ke negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kaunter Pendaftaran PADU di Pusat Ekonomi Digital Batu 8, Tambun di sini semalam.

Beliau berkata PKR Perak akan menghantar kira-kira 1,500 perwakilan untuk turut serta dalam konvensyen itu yang bakal dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata BN dan PH Perak akan mengadakan konvensyen itu, yang membabitkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan, di Hotel Casuarina, Meru. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings