the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ops Kesan: KPdn periksa 3,460 premis, keluarkan 167 notis – Armizan

DENGKIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memeriksa 3,460 premis perniagaan di seluruh negara dan mengeluarkan 167 notis menerusi Ops Kesan bagi tempoh 1 Mac hingga semalam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (gambar).

Beliau berkata peniaga yang menerima notis itu perlu memberikan maklum balas kepada KPDN berhubung pelarasan harga barang dan perkhidmatan yang dibuat di premis terlibat dalam tempoh empat hari dari tarikh notis dikeluarkan.

“Bermula hari ini kita (KPDN) sepatutnya mula terima jawapan (maklum balas) daripada pemilik premis perniagaan yang menerima notis pada 1 Mac,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan peluasan Projek Rintis SKDS 2.0 dan merasmikan Kedai Kampung Fresh Market Sdn Bhd di sini, hari ini.

Katanya maklum balas itu diperlukan agar KPDN dapat meneliti sama ada pelarasan harga dibuat perniaga adalah selari serta tidak bertentangan dengan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Ops Kesan yang kini memasuki hari keenam itu dilaksanakan bagi memantau kesan pelaksanaan peningkatan kadar SST daripada enam peratus kepada lapan peratus.

Ia termasuk pemantauan terhadap sektor tidak terlibat dengan SST seperti makanan dan minuman supaya tiada peniaga mengambil kesempatan menaikan harga sewenang-wenangnya.

Armizan dalam mengalu-alukan aduan daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat berserta bukti terhadap sebarang kesalahan yang dikesan melibatkan SST berkata, aduan boleh dibuat di beberapa platform yang disediakan KPDN.

Sementara itu beliau mencadangkan agar agensi seperti Perbadanan Nasional Bhd, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia dan Halal Development Corporation, membantu syarikat peruncitan milik bumiputera untuk memasarkan produk sedia dimakan (RTE) ke pasaran global.

“Saya harap agensi-agensi ini dapat ikhtiarkan usaha agar produk RTE tempatan dapat menembusi pasaran antarabangsa serta mengembangkan sektor peruncitan negara,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings