the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki ditahan terlibat sindiket curi kenderaan pacuan empat roda

KUALA LUMPUR: Satu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda tumpas apabila dua lelaki ditahan di dua lokasi sekitar Subang Jaya dan Ampang, pada 27 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata penahanan kedua-dua suspek berusia 40 dan 35 tahun itu susulan laporan seorang mangsa yang kehilangan kenderaan jenis Toyota Hilux di Jalan Selisih, Jinjang pada 4 Okt lepas.

Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini, beliau berkata setiap kenderaan yang dicuri suspek dipercayai akan dibawa masuk ke negara jiran.

“Dalang utama, (dikenali sebagai) Ah Ho, dipercayai menerima pesanan daripada seorang lelaki di Thailand untuk mencuri kenderaan. Kemudian, kenderaan tersebut akan dibiarkan di tepi jalan untuk diambil oleh lelaki lain (dipercayai diupah oleh lelaki di Thailand) yang kemudiannya dibawa masuk ke negara terbabit.

Setakat ini, suspek mengaku terlibat dalam enam kes curi kenderaan pacuan empat roda (empat di Kuala Lumpur dan dua di Selangor) dan menerima upah RM20,000 setiap kenderaan dicuri,” katanya.

Beliau berkata polis juga turut merampas antaranya dua kenderaan (yang dipercayai kereta hasil curi dan kereta sewa), 26 keping nombor plat dan lapan keping cukai jalan serta peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan.

Ahmad Sukarno berkata modus operandi suspek ialah menyasarkan pacuan empat roda seperti Toyota Hilux dengan meletakkan alat penjejak pada kenderaan terbabit.

“Apabila letak penjejak, suspek akan menjejak semula kenderaan tersebut dan lokasi di mana kenderaan itu diletakkan. Setelah tiba waktu malam, suspek akan memulakan kegiatannya dengan mematikan sistem penggera menggunakan alatan khas seterusnya curi kereta itu.

Suspek juga turut mempunyai nombor-nombor plat milik pacuan empat roda lain untuk ditampal di kenderaan yang dicurinya bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Sukarno berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang sedang mencuri barangan dalam kenderaan yang diparkir di tepi jalan di sekitar Sentul, pada Sabtu.

Beliau berkata polis turut merampas antaranya tujuh keping Touch ‘n Go, sebuah telefon bimbit, pam angin dan wang tunai.

“Lelaki yang bekerja sebagai tukang masak itu menyasarkan kenderaan-kenderaan yang diparkir di tepi ketika perjalanan ke tempat kerja di sekitar kawasan tersebut untuk mencuri barangan,” katanya.

Ahmad Sukarno berkata setakat ini, suspek mengaku terlibat dalam enam kes di sekitar Sentul dan direman selama empat hari. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings