the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MB: Program Tuisyen Rakyat Selangor ditambah baik dengan aplikasi mudah alih

SHAH ALAM: Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) akan terus ditambah baik dengan pembangunan pembelajaran secara digital menerusi aplikasi telefon pintar, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar).

Beliau berkata pembangunan aplikasi yang dilaksanakan tahun ini itu akan memberikan lebih akses kepada pelajar untuk mengikuti kandungan dan pembelajaran, khususnya mereka yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Amirudin berkata program itu turut ditambah baik dengan penyediaan saluran video secara langsung bertujuan memudahkan komunikasi secara terus antara guru dan pelajar.

“Saya gembira melihat perkembangan dari sudut kandungan pembelajaran, kaedah pembentukan video hinggalah aplikasi mudah alih. Portal ini boleh diakses melalui www.eptrs.my.

“Ini hasil kemahiran dalaman melibatkan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI,” katanya menjawab pertanyaan Dr R Gunarajah (PH-Sentosa) berhubung pelaksanaan PTRS untuk 2024 pada persidangan Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata kerajaan negeri menyasarkan seramai 130,000 pelajar akan menerima manfaat hasil penambahbaikan program itu tahun ini iaitu peningkatan sekali ganda berbanding 65,000 peserta tahun lepas.

Beliau berkata PTRS juga diperluaskan kepada pelajar tingkatan empat dari 277 sekolah menengah termasuk aliran agama yang terdiri daripada keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan.

“Dalam hal ini MBI juga bercadang melakukan intervensi kepada pelajar sekolah rendah yang mengalami masalah 3M (membaca, mengira, mengeja) antara lain disebabkan penularan COVID-19 bagi mengelakkan kelompok pelajar tersisih,“ katanya.

Diperkenalkan pada 2009, PTRS ialah bantuan kelas tambahan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Matematik Tambahan untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai prestasi pelajaran sederhana atau lemah.

Selain modul pembelajaran, PTRS turut menyediakan elaun kepada 1,956 guru dan penyelaras terlibat selain murid daripada 277 sekolah yang mengikutinya disediakan makan tengah hari percuma. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings