the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nur Syaiful tekad beri tumpuan penuh hadapi Sukan Paralimpik Paris 2024

KUALA LUMPUR: Kejayaan meraih pingat emas pada Sukan Para Asia Hangzhou 2022, tahun lepas menjadi pemangkin semangat buat Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (gambar) untuk beraksi lebih cemerlang pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Atlet renang para negara itu berkata beliau akan membuat persiapan berintensiti tinggi bermula bulan ini sebagai persediaan mengharungi temasya sukan berprestij berkenaan yang akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 Sept depan.

Muhammad Nur Syaiful berkata beliau juga dijadual menyertai kem latihan di China selama dua bulan pada Jun sebelum menggalas cabaran Malaysia di Paris.

“Segala persiapan bermula dari sekarang iaitu bulan ini, jadi dari awal tahun sampai detik ke Sukan Paralimpik Paris 2024 adalah tumpuan utama saya untuk kekal fokus bagi aksi seterusnya. (Ketika ini) saya ada 11 sesi latihan seminggu pada pagi dan petang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada masa sama, atlet kelahiran Sarawak berusia 29 tahun itu juga akan menyertai dua kejohanan sebagai aksi pemanas badan serta melihat tahap kemajuan prestasinya.

“Saya akan sertai kejohanan Siri Dunia Renang Para Citi di Itali pada Mac depan, selain berangkat ke Portugal bagi The Madeira 2024 Para Swimming European Open Championships pada April,” katanya.

Dalam pada itu, meskipun tidak meletakkan sebarang sasaran pingat di Paris, Muhammad Nur Syaiful berazam melakukan terbaik agar dapat mencapai keputusan yang membanggakan.

“Saya akan cuba yang terbaik… pingat itu tidak pasti tetapi insya-Allah jika ada rezeki saya di sana,” katanya yang menduduki tempat kelima pada final acara 50 meter (m) gaya bebas S5 pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Pada Sukan Para Asia Hangzhou yang berlangsung Oktober lepas, Muhammad Nur Syaiful memenangi pingat emas 100m kuak dada SB4 dan membawa pulang gangsa acara 100m gaya bebas S5. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings