the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Meta sedang berusaha pulih akses platformnya

KUALA LUMPUR: Meta sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan Facebook dan Instagram kepada penggunanya pada masa ini.

Pengarah Komunikasi Meta, Andy Stone berkata syarikat itu menyedari masalah yang dihadapi oleh pengguna dalam mengakses perkhidmatannya.

“…kami sedang mengusahakan perkara ini sekarang,” katanya di X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Pengguna di seluruh dunia mengalami gangguan platform media sosial, Facebook dan Instagram, termasuk Threads, malam ini.

Menurut Amanz.my, sebuah media tempatan yang berkaitan dengan teknologi, masalah teknikal itu telah menjejaskan sebilangan besar pengguna Facebook dan Instagram di seluruh dunia manakala sesetengahnya telah beralih dengan cepat kepada platform media sosial alternatif seperti X-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings