the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PADU: 404 telah mendaftar di kaunter yang dibuka di P.Pinang setakat semalam

GEORGE TOWN: Berdasarkan data dikumpul menerusi kaunter pendaftaran yang dibuka di tujuh lokasi di Pulau Pinang, sehingga pukul 6 petang semalam 404 individu telah mendaftar dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di negeri itu.

Pengarah Perangkaan (DOSM) negeri Khairolnizam Hassan berkata kaunter-kaunter itu telah diaktifkan sebaik sahaja sistem berkenaan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa lepas, dan pada hari pertama 77 orang telah mendaftar dengan sistem itu.

“Kebanyakan mereka adalah golongan ‘senior’ kerana kebetulan mereka datang ke kaunter untuk berurusan dan terlihat hebahan mengenai sistem PADU ini… selepas diberi penerangan terus mereka daftar dan setakat ini segala urusan berjalan lancar,“ katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Tujuh lokasi kaunter berkenaan adalah di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Sungai Pinang dan PEDi Taman Prestij di Balik Pulau, PEDi Taman Gelugor Indah, Tasek Gelugor; Pusat Transformasi Bandar (UTC) Komtar; Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Simpang Ampat; Ibu Pejabat DOSM Pulau Pinang dan Pejabat Operasi Seberang Perai DOSM di Kepala Batas.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai masalah untuk mendaftar atau tidak tahu cara untuk mendaftar boleh berkunjung ke mana-mana tujuh lokasi berkenaan bagi mendapatkan bantuan daripada pegawai bertugas.

“Kita turut mendapatkan bantuan daripada Jabatan Penerangan Pulau Pinang yang menempatkan kakitangannya di kaunter-kaunter berkenaan bagi memberi penerangan kepada pengguna mengenai sistem PADU selain membantu kelancaran sepanjang proses pendaftaran,“ katanya.

Mengenai pasukan ‘Flying Squad’ yang digerakkan bagi memastikan tiada rakyat tercicir daripada mendaftar dalam sistem itu, khususnya di kawasan pedalaman, Khairolnizam berkata pasukan itu hanya akan digerakkan mulai minggu ketiga bulan ini.

“Kita akan pastikan semua dapat mendaftar kerana kita tidak mahu sesiapa pun tercicir daripada sebarang bantuan, subsidi atau program yang dirancang oleh kerajaan pada masa akan datang,“ katanya.

Sebelum ini Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata pasukan “Flying Squad’ akan digerak dari minggu ke minggu ke kawasan tertentu berdasarkan prestasi kemas kini pendaftaran pada minggu pertama sehingga 31 Mac depan.

PADU yang dilancarkan Anwar pada 2 Jan lepas adalah hab data negara yang selamat dan komprehensif untuk mengelakkan berlakunya keciciran dalam pengagihan bantuan serta subsidi kerajaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings