the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mengaku bunuh rakan, Siti Nur Athirah dipenjara 30 tahun

KUALA TERENGGANU: Bekas pelajar tingkatan enam dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan demikian selepas tertuduh Siti Nur Athirah Azmi, 23, mengaku bersalah membunuh Siti Nur Suraya Ismail, 19.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu 2 Nov 2020.

Mengikut pertuduhan, Siti Nur Athirah didakwa membunuh Siti Nur Surya di rumah mangsa di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong, Hulu Terengganu antara jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 1 Nov 2020.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun hanya mengenakan hukuman pemenjaraan terhadap tertuduh ekoran pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam Azura Ghazali.

Media sebelum ini melaporkan mangsa ditemui mati dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemui mati berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan oleh adik bongsunya yang baru pulang dari sekolah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings