the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kedah umum 25 Jan cuti peristiwa sempena Thaipusam

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 25 Jan ini bersempena sambutan Thaipusam.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (gambar) berkata kelulusan itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Exco pada hari ini.

“Tahun lepas pun bagi (cuti), tahun ini pun bagi dan kita umumkan lebih awal…bolehlah penganut Hindu di negeri ini bercuti dan orang lain juga boleh bercuti,“ katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Sementara itu, katanya mesyuarat juga bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa ‘The Greater Kedah’ sebagai badan untuk menyediakan laporan pencapaian kerajaan negeri secara tahunan atau suku tahun.

“Jawatankuasa The Greater Kedah akan mengurus dan menyatukan data semua aktiviti kerajaan serta anak syarikat yang akan sediakan laporan tahunan atau suku tahun untuk kita maklumkan kepada orang ramai tentang pencapaian semasa (kerajaan negeri) dalam semua sektor.

“Sebelum ini ia (data) berselerak, ada di sektor industri, sukan, pendidikan. Lepas ini semua data dikumpul akan dianalisis, dibuat sektor-sektor yang memberi penekanan kepada usaha mencapai The Greater Kedah,“ katanya.

Menurut Muhammad Sanusi, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Dr Haim Hilman Abdullah, selain turut dianggotai pakar dalam pelbagai bidang yang bakal dilantik sebagai ahli jawatankuasa dan pegawai. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings