the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

N.Sembilan lulus SOP Lombong NR-REE

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) bagi perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang dijangka dimulakan tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar).

Beliau berkata semua pembangunan unsur nadir bumi perlu membabitkan usaha sama dengan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi memantau perkembangan dan memastikan hasilnya tidak diseleweng.

“Pemilik tanah persendirian juga boleh membuat permohonan untuk melombong di tanah masing-masing namun syarikat perlombongan perlu kerjasama dengan MBI untuk memantau supaya tiada kesan kepada tanah berhampiran dan ahli geologi juga akan dilantik bagi memastikan perkara ini dikawal.

“Kita ikut SOP lebih kurang seluruh negeri. Kalau ikut pusat hanya membenarkan kaedah dari China namun kita terbuka, mana-mana syarikat boleh masuk tetapi mereka perlu persembahkan dulu kaedah nak guna,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Aminuddin berkata aktiviti perlombongan itu pastinya akan memberi hasil kepada kerajaan negeri dan setakat ini, sudah ada permintaan daripada syarikat swasta untuk melombong NR-REE di Negeri Sembilan.

Beliau berkata Jabatan Mineral dan Geosains juga telah mengesahkan dua daerah memiliki hasil bumi tersebut iaitu Jelebu dan Kuala Pilah dengan penerokaannya tidak membabitkan hutan simpan.

Selain itu, katanya, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Teo Kok Seong akan melawat kilang REE di China bulan ini bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk pembangunan NR-REE di Negeri Sembilan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings