the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PADU: Usaha penting kerajaan untuk capai kecekapan, keterangkuman

KUALA LUMPUR: Pelancaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di negara ini semalam, menandakan satu peristiwa penting dalam usaha kerajaan untuk mencapai kecekapan dan keterangkuman dengan tidak meminggirkan sesiapa, kata pakar teknologi maklumat.

Freddy Loo (gambar) yang pakar dalam data dan teknologi kecerdasan buatan (AI) berkata beliau gembira kerana pihak (kerajaan) mengambil inisiatif mewujudkan pangkalan data berpusat kerana usaha itu sudah lama tertangguh, selain menandakan perubahan daripada amalan setiap kementerian sebelum ini yang mencipta pangkalan data tersendiri.

“Hasrat yang murni, terutamanya memberi tumpuan kepada subsidi bersasar, sistem ini bukan sahaja tepat pada masanya, tetapi juga langkah yang sangat diperlukan,“ katanya kepada Bernama hari ini.

Loo berkata adalah jelas bahawa PADU menekankan keselamatan data dan siber, mengambil kira kejadian kebocoran data di negara baru-baru ini, bagaimanapun kebimbangan utama ialah kurang kejelasan mengenai pihak tunggal yang bertanggungjawab bagi keselamatan dan integriti data.

“Dalam dunia korporat, Ketua Pegawai Data memainkan peranan penting dalam menetapkan dasar dan langkah keselamatan, dan peranan sedemikian sama pentingnya dalam sektor kerajaan.

“Keselamatan merangkumi lebih daripada perlindungan teknikal, ia melibatkan dasar, kesedaran dan keupayaan yang kukuh untuk menghalang penggodam. Ia tentang menjadikan usaha untuk menggodam lebih mahal daripada nilai data itu sendiri, bagi menghalang penggodam,“ katanya.

Beliau berkata menggalakkan rakyat mengemas kini data mereka secara sukarela ialah langkah yang positif, namun proses itu memerlukan penjelasan.

“Adakah langkah ini dilakukan sekali sahaja, adakah rakyat bertanggungjawab memastikan data mereka dikemas kini? Penyelarasan data di seluruh pangkalan data kerajaan adalah penting, sebagai contoh, jika terdapat pertukaran alamat, adakah rakyat perlu membuat kemas kini di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan PADU atau sebaliknya? Mengapa proses ini tidak dijalankan secara automatik untuk penyelarasan yang lancar?” katanya.

Sementara itu, Loo berpendapat pembangunan dalaman PADU oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dalam jangka masa singkat perlu dipuji kerana kejayaan seharusnya diukur bukan sahaja oleh kecekapannya, tetapi juga hasil positif terhadap masyarakat seperti hasrat langsung ini untuk meningkatkan kewangan kerajaan dengan mengurangkan subsidi.

“Kejayaan PADU perlu diukur oleh impak dan hasilnya kepada kerajaan dan rakyat untuk memastikan penerimaan terhadap inisiatif ini. Oleh itu, adalah penting menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) yang spesifik, boleh diukur dan dicapai, relevan dan terikat dengan masa (SMART), diawasi oleh Ketua Pegawai Data untuk mengesan dan melaksanakan matlamat dalam tempoh yang ditetapkan,“ katanya.

Loo berkata beliau mengakui langkah positif itu kerana ia sesuatu yang baik dengan inisiatif kerajaan terbaharu Identiti Digital Nasional.

Sementara itu, Pengurus Besar PowerBloc Sri Utami Dewi Kasman berkata terdapat “musuh negara” yang memiliki sumber kewangan dan tenaga kerja yang bersedia untuk melabur bagi mendapatkan data berkenaan, manakala pada pandangan penggodam siber, PADU dilihat sebagai tarikan untuk mereka menyerang.

“Saya yakin agensi yang membangunkan sistem ini telah merangka strategi keselamatan siber yang kukuh selaras dengan standard antarabangsa, sebagai contoh Kerangka kerja Institut Piawaian dan Teknologi (NIST) Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat dan lain-lain, jadi mereka dapat lebih bersedia menghadapi ancaman semasa,“ katanya.

Pengerusi Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (Pikom) Ong Chin Seong pula berkata pelaksanaan PADU akan membantu memperkemas data yang dikumpul oleh pelbagai agensi kerajaan dan kementerian untuk membuat keputusan dan campur tangan dasar yang lebih baik.

“Memandangkan kerajaan akan mengumpul sejumlah besar data dalam kalangan rakyat dan penduduk di negara ini, memberi keutamaan kepada keselamatan siber adalah penting. Pemeriksaan audit berkala diperlukan untuk memastikan data disimpan dengan selamat,“ katanya.

Selain itu, Ong berkata undang-undang perlu ada untuk memberi jaminan bahawa pihak yang mengendalikan, memproses dan menggunakan data itu sedar akan tanggungjawab mereka.

“Pindaan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi sedang dikaji dan memperluas skopnya akan memastikan sektor awam tertakluk kepada syarat sama seperti swasta,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings