the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Orang Asli tinggal dalam bangsal elak ancaman gajah liar

GUA MUSANG: Kira-kira 50 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Bujuk, Pos Bihai, di sini, terpaksa membina bangsal sementara di atas bukit selepas penempatan mereka diceroboh gajah liar sejak semalam.

Seorang penduduk Ajid Anjang, 55, berkata situasi cemas dan menakutkan itu merupakan insiden kali kedua ancaman gajah liar di kampung tersebut yang turut merosakkan tanaman diusahakan penduduk kampung.

“Kejadian pertama berlaku pada Oktober tahun lepas. Apabila gajah liar ini muncul kembali menyebabkan hampir 50 penduduk tidak berani berada di tempat tinggal masing-masing kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.

“Oleh itu, kami sepakat untuk tinggal sementara di bangsal dan merasakan kawasan di atas bukit ini paling selamat untuk berlindung terutama kanak-kanak dan warga emas,“ katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Asu Andak, 65, berkata dia segera memaklumkan kepada jiran yang lain untuk segera berlindung di kawasan lebih selamat selepas menyedari kehadiran seekor gajah liar di kampungnya kira-kira 1 pagi.

“Kami sudah melaporkan kejadian terbabit kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya,“ katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dan Terengganu Zarina Razlan mengesahkan pihaknya telah menerima aduan berhubung ancaman tersebut.

“Bantuan bekalan makanan akan dihantar ke Pos Bihai hari ini. Penduduk di Kampung Bujuk juga akan mendapat bantuan.

“Kami juga berharap mendapat kerjasama daripada pihak Perhilitan dalam menangani masalah gajah liar di kampung terbabit,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings