the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga individu termasuk dua peguam dipenjara tujuh hari kerana hina mahkamah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhi hukuman penjara tujuh hari ke atas tiga individu termasuk dua peguam kerana menghina mahkamah dengan penyediaan dan pemfailan keterangan palsu membabitkan pernyataan saksi seorang lelaki dalam satu kes saman sivil, empat tahun lepas.

Hakim Halilah Suboh memerintahkan Mark Robin Tallala dan G. Mahadeva dan anak guam mereka iaitu Jagmohan Singh Sandhu menjalani hukuman itu mulai hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Datuk Harpal Singh Grewal, yang mewakili ketiga-tiga responden, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu dalam penghakimannya, Halilah berkata mahkamah mendapati kesemua responden mempunyai niat untuk melakukan kesalahan menghina mahkamah dengan menyediakan dan pemfailan keterangan palsu dalam bentuk pernyataan saksi Allen David Martinez.

“Sebagai pegawai mahkamah, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk tidak mengelirukan mahkamah dengan mengemukakan keterangan atau pernyataan tidak jujur dan setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab serta beban yang berat dalam menjalankan tugas dan peranan masing-masing berdasarkan prinsip perundangan dan keadilan.

“… sebagai peguam, keadilan bukan hanya kepada anak guam masing-masing tetapi juga kepada orang awam dan mahkamah… Ini juga menjadi tugas responden-responden sebagai peguam bela dan peguam cara.

“Di dalam kes ini, pernyataan saksi itu difailkan sengan sengaja dan berniat tidak jujur. Responden-responden mengetahui pernyataan saksi itu bukanlah pernyataan saksi sebenar Martinez. Oleh itu, mahkamah mendapati responden-responden telah secara sedar dan sengaja mengelirukan mahkamah ini,“ katanya.

Beliau berkata sekiranya perkara itu tidak disedari dan tidak terdedah sebelum perbicaraan bermula, sudah tentu pernyataan saksi tersebut akan digunakan semasa perbicaraan serta mengganggu keadilan dalam kes berkenaan.

“Oleh itu, mahkamah berpendapat hukuman pemenjaraan adalah wajar, sesuai dan munasabah dijatuhkan terhadap ketiga-tiga responden. Hukuman berbentuk denda tidak sesuai diberikan kerana ia tidak akan menggambarkan keseriusan kesalahan dilakukan,“ katanya.

Prosiding itu turut dihadiri peguam Bhavanash Sharma Gurchan Singh selaku pemohon.

Pada 13 Okt 2023, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Bhavanash Sharma dan mendapati ketiga-tiga individu bersalah menghina mahkamah dengan penyediaan dan pemfailan keterangan palsu membabitkan pernyataan saksi Martinez yang difailkan pada 28 Feb 2020 di Mahkamah Sesyen yang disampaikan kepada Bhavanash Sharma.

Mahkamah itu mengembalikan kes tersebut kepada Mahkamah Sesyen berkaitan hukuman.

Menurut fakta kes, pernyataan saksi Martinez telah difailkan oleh Mark Robin dan Mahadeva menerusi firma guaman mereka pada 28 Feb 2020 tanpa sebarang komunikasi, pengesahan atau pertemuan dengan saksi itu.

Pada 3 Mac 2020, Martinez telah memfailkan afidavit yang menafikan semua jawapan dalam pernyataan saksi itu dan paling penting, beliau tidak pernah berkomunikasi atau bertemu dengan ketiga-tiga individu sebelum pernyataan saksi tersebut difailkan.

Mark Robin dan Mahadeva kemudian mengakui bahawa mereka tidak pernah bertemu atau mendapatkan pengesahan Martinez secara peribadi sebelum memfailkan pernyataan saksi itu.

Mereka menyalahkan Jagmohan dan mendakwa hanya bergantung kepada arahan anak guam mereka dan mengandaikan bahawa beliau telah memuktamadkan kandungan pernyataan saksi itu dengan Martinez. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings