the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dewan Negara lulus pindaan AUKU

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 bertujuan menambah baik tadbir urus, pengurusan aktiviti dan tatatertib pelajar.

Ia diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 18 Ahli Dewan Negara mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang itu.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika menggulung perbahasan menegaskan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 itu dibuat selepas perbincangan dengan pelbagai pihak.

“Pindaan ini bukan dibuat secara sepihak, bukan hanya disyorkan pihak kerajaan tanpa melibatkan pihak-pihak lain khususnya dalam kalangan mahasiswa dan pelajar kita,” katanya.

Beliau berkata kerajaan komited merealisasikan harapan mahasiswa yang ingin melihat perubahan dan landskap pengurusan organisasi pelajar dalam konteks masa kini.

Pindaan berkenaan antaranya melibatkan Sekyen 16B iaitu memindahkan kuasa Pihak Berkuasa Tatatertib daripada Naib Canselor kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar bagi pengendalian kes tatatertib di universiti.

Ia turut melibatkan Seksyen 15A bagi membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan badan pelajar untuk memungut wang dan menerima sumbangan dalam apa cara sekali pun tertakluk kepada peraturan berkuat kuasa.

Dalam pada itu Zambry berkata MPP dan badan pelajar dibenarkan membuka akaun dengan mana-mana institusi kewangan berlesen yang diluluskan Bank Negara dan pengurusan kewangan mereka akan diaudit individu atau firma bertauliah.

“Peraturan ini bukan satu bentuk sekatan sebaliknya ia mendidik pelajar mengurus kewangan MPP dan persatuan mereka dengan teratur, telus dan mengikut tatacara yang betul,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings