the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

4,119 pelajar sekolah Palestin terkorban di Gaza sejak 7 Okt

ANKARA: Sekurang-kurangnya 4,119 pelajar sekolah Palestin terkorban dan 7,536 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt lepas, menurut Kementerian Pendidikan Palestin pada Selasa.

Selain pelajar di Gaza, tentera Israel turut membunuh 37 pelajar dan mencederakan 282 yang lain di Tebing Barat yang diduduki sejak perang bermula pada 7 Okt, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian itu yang disiarkan oleh agensi berita rasmi Palestin, WAFA.

Menurut kenyataan itu, tentera Israel turut menyebabkan kematian 221 guru dan kakitangan pendidikan dan mencederakan 703 yang lain.

Ia juga berkata 343 sekolah di seluruh Gaza dan 38 sekolah di Tebing Barat musnah dalam pengeboman Israel.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, sekurang-kurangnya 21,978 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh dan 57,697 yang lain cedera dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings