the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: Penyasaran subsidi pastikan 85% rakyat terima faedah

PADANG BESAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi bertujuan memastikan faedahnya benar-benar dinikmati oleh 80 hingga 85 peratus rakyat.

Beliau berkata langkah itu juga bertujuan mengelakkan manfaat subsidi dinikmati golongan kaya selain kira-kira 3.5 juta warga asing di negara ini.

“Kita bagi subsidi minyak siapa yang peroleh untung sekarang? Ya rakyat Malaysia … 3.5 juta atau hampir empat juta orang asing pun dapat subsidi minyak, kerana kita bagi subsidi kepada semua.

“Orang paling kaya di dalam negara kita pun dapat subsidi minyak, jadi kita kena cari jalan bagaimana kita boleh gunakan apa yang disebut penyasaran subsidi supaya faedah subsidi itu dipulangkan langsung kepada 80 ke 85 peratus rakyat,“ katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat Perlis di Felda Chuping di sini hari ini.

Beliau berkata langkah sama turut dilaksanakan kerajaan membabitkan tarif elektrik iaitu peningkatan tarif hanya memberi kesan kepada 15 peratus rakyat yang berpendapatan tinggi.

Selain itu, Perdana Menteri berkata kenaikan tarif elektrik juga hanya kepada syarikat-syarikat dan kilang, sedangkan rakyat kebanyakan tidak berhadapan dengan kenaikan tarif terbabit.

Anwar berkata bagi minyak diesel pula, penyasaran subsidi bertujuan memastikan ketirisan dan penyeludupan yang berlaku sejak sekian lama dan menyebabkan kerugian puluhan bilion setiap tahun dapat dihentikan.

“Sebab itu saya kata, penyasaran subsidi maknanya naik harga bagi 15 peratus rakyat berpendapatan tertinggi dan orang asing, tetapi tidak membebankan (rakyat).

“Kalau kita lakukan apa-apa perubahan berkaitan diesel mesti tentukan perkhidmatan awam, lori-lori Felda, nelayan, bas sekolah, jabatan kerajaan itu tidak dikenakan kenaikan diesel,“ katanya.

Anwar berkata kerajaan bersedia mendengar pandangan dan teguran berkaitan penyasaran subsidi dan menekankan kepentingan untuk kerajaan menambah hasil pendapatan negara.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings