the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cuaca panas: Penternak ikan sangkar berdepan kerugian, ikan lais jadi alternatif

MARAN: Air sungai semakin cetek kesan daripada cuaca panas yang melanda ketika ini menyebabkan pengusaha ikan sangkar terutama di jajaran Sungai Pahang berdepan kerugian apabila puluhan ribu ternakan ikan mereka mati dan sesetengahnya terpaksa dilelong awal pada saiz ikan masih belum matang.

Situasi sama dilalui Madihah Jamal, 34, dan abangnya, Azmi, 41, yang perusahaan ternakan ikan patin dan tilapia diwarisi daripada bapa mereka sejak tahun lepas terjejas teruk hingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

Ini berikutan paras air di kawasan ternakan ikan mereka di Sungai Pahang di Kampung Sanding kira-kira 35.7 kilometer dari pekan Chenor serta beberapa lokasi di sepanjang jajaran sungai itu semakin surut hingga terbentuk beting pasir yang luas seperti padang bola.

“Situasi beting pasir di Sungai Pahang bukan perkara baru bagi penduduk di sekitar Maran, tetapi kali ini agak teruk kerana cuaca panas yang luar biasa dan berterusan hingga menyebabkan air sungai cetek, kering dan kawasan berpasir menjadi lebih luas, memanjang.

“Sangkar rosak teruk sebab ikan cuba keluar cari tempat sejuk hingga menjejaskan jaring dan besi. Biasanya akhir Ramadan dan awal Syawal, permintaan patin dan tilapia meningkat dua kali ganda tetapi kali ini tidak dapat nak penuhi permintaan,” kata Madihah kepada Bernama.

Anak kelima daripada enam beradik itu mengakui keadaan tersebut membuatkan dia ‘termenung’ hampir seminggu memikirkan pendapatan yang terjejas apatah lagi Aidilfitri semakin hampir, sebelum nekad mencari alternatif iaitu dengan menjual ikan lais.

Bersama abangnya, mereka ke hulu Sungai Pahang iaitu bahagian yang tidak terjejas dengan pembentukan beting pasir untuk memancing ikan lais, aktiviti yang selama ini dilakukan hanya sekadar hobi.

Menurut Madihah ikan sungai itu yang dulunya sukar ditemui, pada musim panas ini jumlahnya begitu banyak dan mudah dipancing menggunakan umpan udang kecil di beberapa lubuknya di jajaran sungai tersebut.

“Ikan ini ‘bermusim’, tidak selalu ada dan boleh dikatakan dalam setahun, hanya sekali sahaja kita boleh dapat biasanya pada musim panas seperti sekarang. Apabila cuaca panas kering, air sungai lebih jernih, surut, tidak keruh dan masa ini ikan lais mudah ditemui.

“Biasanya kami akan memancing awal pagi atau petang selama empat jam dan boleh dapat hasil lebih dua kilogram selain turut mengail udang galah. Air sungai surut menyebabkan ikan lebih mudah dipancing…lontar sahaja joran dalam 10 hingga 15 minit sudah dapat,” katanya.

Ibu kepada seorang anak itu berkata semua hasil tangkapan akan dijual di pasar pagi Chenor dan biasanya sudah ada pembeli kerana dia akan memuat naik video hasil tangkapannya di TikTok untuk mereka memesan melalui aplikasi tersebut.

Dijual pada harga agak mahal iaitu RM40 sekilogram, kesukaran untuk mendapatkan ikan lais di pasaran membuatkan ramai yang tidak kisah membelinya malah ada yang sanggup datang jauh dari Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan ikan sungai itu.

“Permintaan terhadap ikan lais sangat tinggi kerana isinya manis dan tulangnya hanya di bahagian tengah. Ikan ini sedap dimasak lemak cili api atau digoreng dan dimakan bersama nasi panas, ulam-ulaman serta sambal tempoyak.

“Ada juga yang dibuat pekasam atau masak asam pedas. Permintaan tinggi menyebabkan ikan ‘laku keras’ hingga ada yang menjualnya lebih RM60 sekilogram dan tidak sampai setengah jam sudah habis,” katanya yang turut menjual udang galah pelbagai saiz dan gred. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings