the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kabinet bincang kekal kadar cukai perkhidmatan penerbangan domestik Jumaat ini

SEPANG: Cadangan mengekalkan kadar enam peratus cukai perkhidmatan penerbangan domestik akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dijadualkan pada Jumaat ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata kementerian itu akan berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) berikutan isu cukai terletak di bawah bidang kuasa MOF.

“Cukai perkhidmatan itu melibatkan semua tiket penerbangan. Saya akan berbincang dengan MOF untuk melihat sama ada kita boleh mengekalkan kadar itu bagi perjalanan domestik,” katanya kepada media selepas melancarkan tambang tetap AirAsia sempena Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini.

Cukai perkhidmatan dinaikkan kepada lapan peratus berkuatkuasa pada 1 Mac lepas berbanding enam peratus sebelum ini.

Kadar baharu itu yang tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi serta tempat letak kereta, telah diumumkan dalam Belanjawan 2024 pada Oktober lepas yang menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara selain mengurangkan defisit belanjawan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Tan Sri Tony Fernandes berkata kerajaan perlu mempertimbangkan langkah pengekalan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus untuk perjalanan domestik memandangkan industri itu baru pulih selepas COVID-19 selain peranan besar pelancongan dalam ekonomi negara.

Beliau sebaliknya menyarankan kerajaan untuk turut memberi perhatian kepada organisasi perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang akan menjadi sebuah perniagaan yang besar.

Malah, beliau berharap kerajaan dapat memberi sokongan terhadap organisasi MRO tempatan agar setanding dengan Singapura.

“MRO mampu menjadi platform bagi mewujudkan lebih banyak kerja di rantau ini. Kita juga berharap selain cukai perkhidmatan, kerajaan akan melihat kepada organisasi MRO yang merupakan majikan besar serta penyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK),“ katanya.

Dalam pada itu, bersempena Aidilfitri, AirAsia menawarkan lebih daripada 22,000 tempat duduk dengan tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Kadar tambang dikenakan adalah RM298 sehala ke Sarawak manakala ke Sabah adalah RM348 sehala.

Tempahan bagi tambang promosi itu boleh dibuat mulai hari ini hingga 17 April, 2024, di laman sesawang airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings