the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid mengaku terima laporan risikan ‘Langkah Dubai’

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini berkata pihaknya telah menerima laporan perisikan berkaitan ‘Langkah Dubai’, dan menyifatkan gerakan yang dikatakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan itu hanya membuang masa.

“Laporan memang ada. Laporan dari segi perisikan memang kami perolehi seawal penerbangan mereka (yang terlibat) ke tempat itu, dan laporan selepas itu kami peroleh, tapi pada hemat kami langkah itu hanya membuang masa,“ katanya.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Taklimat Penyelarasan Situasi Bencana Terkini di sini hari ini, beliau bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat mengenai individu yang terbabit dalam gerakan itu.

Ahmad Zahid berkata tumpuan kerajaan adalah untuk memperkukuhkan ekonomi serta membantu rakyat, dan beliau menasihatkan individu yang berniat untuk menggulingkan kerajaan agar menunggu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) untuk membentuk kerajaan baharu.

“Keutamaan adalah untuk bangunkan negara kita terutamanya dari segi pembangunan ekonomi, berikan kesejahteraan yang ‘melata’ kepada rakyat dan bukan soal politik. Tunggulah hingga PRU (pilihan raya umum) ke-16 kalau mereka berhajat untuk menukar kerajaan,“ tambahnya.

Sabtu lepas Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa ‘Langkah Dubai’ timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang, dan tokoh-tokoh dari pihak kerajaan, di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Toblerone presents ” The Ultimate Gift “: The Toblerone Crystal Bar crafted by Swarovski

An iconic Swiss chocolate brand meets one of the world's most celebrated names in crystal artistry to bring 'Never Square' to life. Creating something unexpected, something beautiful, and something that gives back: Toblerone today announces The Ultimate Gift.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings