the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kejohanan Asia ‘KPI’ utama Muhammad Rafiq tahun ini

KUALA LUMPUR: Jaguh boling negara Muhammad Rafiq Ismail (gambar) bertekad mahu ‘menggegarkan’ Kejohanan Tenpin Boling Asia ke-27 di Bangkok, Thailand, September ini.

Bukan sahaja acara individu lelaki, malah atlet berusia 26 tahun itu berharap dapat mengekalkan gelaran acara berpasukan yang dimenanginya bersama Syafiq Ridhwan, Mohd Syazirol Shamsudin, Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Timmy Tan dan Ahmad Muaz Fishol, pada edisi lepas di Hong Kong.

“Kejohanan Asia di Thailand merupakan KPI (indeks prestasi utama) saya tahun ini. Secara peribadinya, tentunya saya sasarkan untuk acara individu namun paling bermakna untuk saya ialah kejayaan acara berpasukan.

“Kalau main acara berpasukan, semua dapat merasa dan menang sama-sama. lebih baik gembira dengan kawan lain daripada hanya gembira berseorangan,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Atlet Program Podium Fasa 1 di sini, hari ini.

Pemain boling nombor satu di Asia itu, bagaimanapun enggan memandang rendah kemampuan negara lain seperti Korea Selatan, Singapura dan Filipina, pada kejohanan tersebut.

“Filipina ada pemain boling baharu dan lama yang bagus. Kami juga tidak boleh memandang rendah negara lain, kadang-kadang kalau kita rasa negara itu tidak baik, namun pada hari pertandingan mereka beraksi baik,” tambahnya.

Muhammad Rafiq berkata beliau juga perlu mengharungi sekurang-kurangnya lima lagi kejohanan tahun ini, bagi mengukuhkan kedudukannya untuk tersenarai ke dalam skuad kebangsaan pada saingan Asia itu.

Selain acara berpasukan, atlet dari Selangor itu merangkul emas dalam tiga acara lagi di Hong Kong iaitu Masters, All Events serta trio bergandingan dengan Timmy dan Ahmad Muaz.

Berdasarkan ranking Persekutuan Boling Asia, Muhammad Rafiq kini memegang status sebagai pemain nombor satu di Asia buat tahun ketiga berturut-turut sejak 2021, dengan mengumpul 442 mata. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings