the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JSJK kesan transaksi RM3.8 bln melalui 15 syarikat, disyaki hasil kegiatan penipuan

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mengesan transaksi pemindahan wang sebanyak RM3.8 bilion ke 43 negara melalui 15 syarikat perdagangan berdaftar di Malaysia, yang disyaki hasil kegiatan penipuan bermula 2021 hingga 2023.

Pengarah JSJK Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya mengesan kewujudan trend pendaftaran syarikat dan pembukaan akaun bank atas nama syarikat yang disyaki bertujuan dijadikan akaun keldai.

Beliau berkata taktik berkenaan menjadi pilihan kerana ia membolehkan transaksi kewangan dilakukan secara lebih kerap dan melibatkan amaun yang lebih besar.

“Selain daripada akaun keldai individu, kini wujud pula akaun keldai syarikat yang memberi ancaman kewangan yang lebih besar kerana transaksi yang bertopengkan syarikat melibatkan jumlah wang yang boleh mencecah bilion ringgit.

“Dalam membanteras kegiatan ini, JSJK melihat kepada keperluan supaya fungsi portal Semakmule diperkasakan dengan menambah satu lagi modul yang menyenaraikan syarikat yang disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah komersial. Maka lahirlah Portal Semakmule 2.0,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Portal Semakmule 2.0 di sini hari ini.

Beliau berkata fungsi berkenaan bagi membolehkan masyarakat mengetahui organisasi yang terlibat dengan jenayah komersial dan seterusnya mengelak daripada meneruskan urusan dengan syarikat terbabit.

“Sejumlah 107 syarikat telah disenaraikan dalam pengkalan data Portal Semakmule 2.0 dan jumlah ini akan terus bertambah dari masa ke masa selaras dengan siasatan yang dijalankan dan kes-kes baharu yang diterima setiap hari. Diharapkan, portal ini akan digunakan masyarakat bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ramli berkata bermula Januari hingga Februari lepas, sejumlah 6,283 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan nilai kerugian RM664,591,645.45.

Beliau berkata berbanding tempoh sama tahun lepas, yang mencatatkan sejumlah 6,544 kes dan nilai kerugian RM265,818,610.44, kes bagi tahun ini telah mencatatkan penurunan sebanyak 4.2 peratus tetapi nilai kerugian mencatatkan kadar peningkatan yang cukup besar sebanyak 150 peratus. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology secures transformational US$2.5 billion five-year AI GPUaaS compute contract

Gorilla Technology Group (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla"), a global provider of AI-driven infrastructure, security intelligence and data solutions, today announced that it has signed a five-year AI compute infrastructure contract with a high investment-grade global technology customer for deployment at the NeutraDC Batam data centre in Indonesia.

Founders Metals Hits 53.1 m of 1.21 g/t Au from Surface in New Zone...

(TSXV: FDR) (OTCQX: FDMIF) (FSE: 9DL0) ("Founders" or the "Company") announces drill results from the Upper Antino target area at the Antino Gold Project ("Antino" or the "Project") in southeastern Suriname.

Vondrousova insists she never doped after four-year ban

Former Wimbledon champion Marketa Vondrousova maintains she has never used performance-enhancing drugs after receiving a four-year ban for failing to comply with an anti-doping test.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings