the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jemaah haji muda raih keputusan 9A dalam SPM

MAKKAH: Jaga solat, jaga hubungan dengan mak dan ayah serta guru selain adab sesama kawan, itu antara resepi Muhammad Ameer Che Noor Azam, pelajar Sekolah Menengah Puchong Utama Satu sehingga berjaya memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Muhammad Ameer, 18, yang merupakan antara 31,600 jemaah haji Malaysia musim 1445H/2024 mendapat perkhabaran gembira itu selepas solat Subuh di Masjidil Haram semalam bersama adiknya Muhammad Ammar, 17.

Keputusan peperiksaan itu kemudian dimaklumkan kepada bapanya Che Noor Azam Osman, 63, dan ibunya Kamsiah Mohd Kontol ,51, di hotel penginapan mereka di Abraj Al-Janadriyah di sini yang bersama-sama menunaikan haji.

“Masa pertama kali tengok keputusan memang rasa gembira sebab sebelum ini saya tidak pernah mendapat semua A dalam mata pelajaran yang saya ambil.

“Saya rasa ia satu kejayaan besar dan alhamdulillah, Allah SWT terima doa saya setiap kali solat dan semasa di Raudah baru-baru ini,” katanya kepada petugas media di hotel penginapannya di sini dengan ditemani ayah, ibu dan adiknya.

Bagi dirinya, selain menjaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan ibu bapa, guru dan rakan juga tidak kurang pentingnya untuk mendapatkan reda serta doa mereka.

“Sebabnya kita tidak tahu, mungkin kita sakitkan hati mereka, lalu Allah SWT tarik nikmat daripada kita dan kita tidak mahu perkara itu berlaku, kerana itu kita perlu jaga hubungan kita lebih-lebih lagi dengan Allah,” katanya.

Selain itu anak sulung daripada tiga beradik berkenaan turut mengamalkan solat tahajud serta jadual pembelajaran yang lebih fleksibel untuk mengelakkan tekanan serta keletihan semasa belajar dan selebihnya berdoa serta bertawakal selepas berusaha.

Muhammad Ameer yang bercita-cita menjadi seorang doktor berkata di sebalik cerita kejayaan itu, dia juga pernah nakal dan ponteng sekolah semasa tingkatan empat, iaitu semasa pasca COVID-19 sehingga ada antara mata pelajarannya merosot menyebabkan dia tersentak dan berazam untuk berubah.

“Apabila saya tengok balik, saya rasa saya perlu ubah perkara itu dan saya pergi dekat kawan saya yang merupakan seorang pelajar pintar. Dia tidak jemu nak mengajar saya dan motivasi saya ketika itu adalah hendak mencapai sama tahap dengannya.

“Sampai satu tahap, saya cuma satu langkah saja belakang dia. Kalau dulu mungkin macam langit dengan bumi, tetapi sekarang jarak sebelah menyebelah sahaja. Itu menyebabkan saya berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya mencapai keputusan cemerlang ini,” katanya yang turut bersyukur kerana dapat menunaikan haji dalam usia muda bersama keluarganya.

Muhammad Ameer yang juga bekas ketua pengawas sekolah berkenaan mendapat lima A+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Fizik; tiga A (Biologi, Kimia, Matematik Tambahan) dan A- dalam pelajaran Bahasa Melayu.

Sementara itu adiknya Muhammad Ammar yang merupakan pelajar tingkatan lima sekolah sama berkata kejayaan abangnya itu merupakan cabaran untuk dirinya dan berazam mengikut jejak mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings