the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saluran 24 jam Malaysia4Palestin bukti Malaysia konsisten sokong rakyat Palestin – Fahmi

KUCHING: Penyediaan saluran sementara Malaysia4Palestine yang bersiaran selama 24 jam, menunjukkan pendirian Malaysia yang konsisten serta jelas dalam memberi sokongan kepada rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata menerusi siaran berkenaan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro, ia diharap dapat membuka mata lebih banyak pihak khususnya negara yang masih enggan menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin, yang sejak sekian lama menjadi mangsa keganasan rejim zionis Israel.

“Usaha 24 jam siaran Malaysia4Palestine ini saya terima dengan baik, ia satu usaha yang cukup murni. Jadi saya lihat kita perlu terus memberi sokongan, menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin terutama di saat ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 Bersama Siswa, di sini hari ini.

Semalam Astro dan RTM dalam kenyataan memaklumkan bahawa stesen televisyen berkenaan menyediakan saluran sementara Malaysia4Palestine selama 24 jam, yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.

Saluran Malaysia4Palestine akan menampilkan temu bual, persembahan khas dan dokumentari, dalam mengetengahkan nasib rakyat Palestin.

Program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa merupakan antara pengisian sambutan HAWANA tahun ini, dengan penglibatan 250 mahasiswa dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Swinburne University of Technology Sarawak dan Kolej SEGi Sarawak.

Ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi terpilih tentang dunia media, melalui sesi perkongsian ilmu dan pengalaman daripada pengamal media, selain menanam minat bidang kewartawanan kepada pelajar dan mengaplikasikannya dalam dunia pekerjaan.

Pada program hari ini, sesi perkongsian ilmu dan pengalaman turut diadakan dengan membincangkan topik berkenaan semak fakta oleh Editor MyCheck Malaysia dan Unit Data Journalism Pertubuhan Berita Nasionlal (Bernama) Sakina Mohamed dan Mobile Journalism (MoJO) oleh Wartawan Kanan Meja Digital Media Bernama Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Izman, selain sesi dialog bersama Menteri Komunikasi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DBKL to acquire land to resolve Taman Datuk Senu access road issue

Kuala Lumpur Mayor Datuk Seri Fadlun Mak Ujud said checks found that no land acquisition had ever been carried out in the area, resulting in the road, which has long been used by the public, actually being located on private land.

Hong Kong SMEs face “triple squeeze” from rising costs, weak demand and interest rates...

Dah Sing Bank, Limited ("Dah Sing Bank") today announced the results of its 2026 SME Survey ("the Survey"), which revealed that Hong Kong SMEs are facing a "triple squeeze" of rising costs, weakening demand and interest rates fluctuations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings