the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PROLINTAS jamin beri kerjasama kepada pihak berkuasa

KUALA LUMPUR: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung siasatan membabitkan kes pembinaan susulan penahanan warga kerja syarikat itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kami komited dan bersedia untuk bekerja rapat dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan.

“PROLINTAS terus komited dalam mengekalkan integriti dan tadbir urus korporat pada tahap tertinggi,” menurut syarikat konsesi lebuh raya itu dalam kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan SPRM mengesahkan lapan individu termasuk tiga pengurusan tertinggi PROLINTAS direman selepas disyaki meminta serta menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.

Dalam kenyataan berasingan, Prolintas Managers Sdn Bhd (PMSB), Pengurus Amanah untuk Prolintas Infra Business Trust (PIBT), mengumumkan bahawa ahli lembaga pengarah terbabit yang direman SPRM telah diberikan cuti rehat berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan itu, syarikat berkenaan akan meneruskan operasi seperti biasa dengan pasukan pengurusan eksekutif sementara, diketuai Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas PMSB Datuk Ikmal Hijaz Hashim, yang berpengalaman luas dalam industri lebuh raya.

Kenyataan itu turut menyebut gabungan kepakaran pasukan pengurusan eksekutif akan memastikan pengurusan Amanah diteruskan dengan lancar.

“Lembaga Pengarah PMSB berpandangan bahawa tidak akan ada kesan kewangan dan operasi ke atas operasi PIBT.

“Lembaga Pengarah akan membuat pengumuman lanjut apabila terdapat sebarang perkembangan berkaitan,“ menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings