the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johari sahkan terima notis pemakluman kekosongan kerusi enam ahli Bersatu

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul hari ini mengesahkan beliau telah menerima notis pemakluman mengenai kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, membabitkan enam Ahli Parlimen Bersatu.

Johari berkata notis tersebut diserahkan Ketua Whip Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kepadanya, pada Jumaat lepas.

“Surat sudah dapat Jumaat lepas daripada (Ahli Parlimen) Beluran. Mengikut undang-undang, saya ada 21 hari untuk mengkaji.

“Insya-Allah sebaik saya ada jawaban, saya akan panggil anda (pemberita) untuk maklumkannya…Saya akan usahakannya,” katanya ringkas kepada pemberita, ketika ditemui selepas merasmikan pameran seni sempena 55 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Romania, di Bangunan Parlimen, hari ini.

Pada Khamis lepas, Ronald dalam kenyataan memaklumkan notis pemakluman kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang terhenti keahliannya secara serta-merta, telah diserahkan dan diterima pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ia membabitkan kerusi Parlimen Jeli dan Gua Musang (Kelantan), Bukit Gantang dan Kuala Kangsar (Perak), Tanjong Karang (Selangor) dan Labuan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings