the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelbagai aktiviti, perkhidmatan sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

KUALA LUMPUR: Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan ditawarkan kementerian dan agensi kepada semua pengunjung sempena penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, mulai 8 hingga 10 Dis depan.

Pengarah Seksyen Perancangan Strategik, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Pejabat Perdana Menteri Syarina Kassim (gambar) berkata sempena program itu, pengunjung berpeluang mendapat perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan gigi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) secara percuma.

Beliau berkata pengunjung juga berpeluang menikmati khidmat saringan kanser reproduktif dan program subsidi mamogram Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk golongan wanita.

“Selain itu terdapat perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mereka yang ingin menukar MyKad serta perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan.

“Bagi mereka yang mencari kerja, terdapat karnival kerjaya dan setakat ini sebanyak 70 syarikat menyatakan kesediaan untuk terlibat dalam program yang bakal berlangsung,” katanya ketika ditemu bual di studio Bernama Radio di Wisma Bernama di sini hari ini.

Menurut Syarina bagi ibu bapa yang membawa anak-anak, terdapat reruai e-sukan dan bola sepak serta tayangan filem Malbatt: Misi Bakara, sepanjang program berlangsung.

Beliau berkata turut diadakan adalah pameran aset kerajaan melibatkan tiga agensi iaitu Kementerian Pertahanan, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Pengunjung juga berpeluang memberikan maklum balas, pandangan dan idea kepada agensi-agensi kerajaan berkaitan perkhidmatan, kemudahan yang disediakan menerusi segmen santai melibatkan pemimpin,” katanya.

Syarina berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka hadir pada majlis penutup program pada Ahad (10 Dis) akan turut mengadakan sesi dialog bersama pengunjung untuk memberi peluang kepada rakyat berinteraksi dengan beliau dalam suasana lebih santai.

Katanya selain jualan produk usahawan, turut diadakan ialah acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa sebuah rumah dan hadiah lain termasuk motosikal, televisyen dan barangan kelengkapan rumah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings