the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Subahan salur peruntukan cukup kepada ISN

KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan peruntukan secukupnya kepada Institut Sukan Negara (ISN) bagi membolehkan atlet negara mendapat kemudahan terbaik sekali gus menampilkan prestasi positif pada sebarang kejohanan akan datang.

Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal (gambar) berkata perkara itu perlu diberikan perhatian bagi memastikan ISN dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada persatuan sukan kebangsaan tanpa memikirkan kekangan kewangan.

“Kami dapati bahawa ISN yang berada di bawah KBS masih susah untuk beri apa yang kami perlukan. Sebagai contoh, kami perlu menggunakan gim setiap hari tapi kami tak dapat berbuat demikian.

“Saya harap KBS kaji semula peranan ISN, beri ISN lebih peruntukan untuk mereka jalankan tugas sebagai pusat sukan…(jika tidak) mereka akan sukar untuk jalankan tugas itu,” katanya pada sidang media pengumuman tajaan Piala Dunia Remaja (JWC) Lelaki 2023, di sini hari ini.

Jun lepas, Subahan memaklumkan KHM terpaksa menanggung sendiri elaun seperti makanan dan penginapan petugas ISN seperti tukang urut, jurulatih fizikal serta pakar nutrisi, yang berkhidmat untuk skuad hoki lelaki kebangsaan.

Beliau berkata KHM juga terpaksa melantik dua individu dari luar negara sebagai jurulatih fizikal, masing-masing bagi skuad lelaki dan remaja lelaki kebangsaan yang bakal menghadapi saingan JWC berikutan kekurangan petugas.

Pada majlis hari ini, Subahan turut mengumumkan Orang Kampung (OK) Group selaku penaja dengan tajaan sebanyak RM300,000 bagi penganjuran JWC 2023, selain menjadikan minuman tenaga Long Qi keluaran syarikat itu sebagai minuman rasmi pada kejohanan berkenaan.

JWC yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil dari 5 -16 Dis adalah kejohanan dwitahunan bagi pemain berusia 21 tahun bawah, dengan penyertaan 16 negara. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings