the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BNM tambah enam entiti baharu dalam senarai amaran pengguna kewangan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menambah enam entiti baharu dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA) iaitu Emar Markets, HF Markets and HF Markets (SV) Pty Ltd, AVAPartner and AVATrade, Just Markets, Etoro Investment dan I Investment 254.

Menerusi hantaran di media sosial pada Isnin, BNM menjelaskan pihaknya juga mengemas kini maklumat berkenaan dengan Najmuldin Exchanger, FBS Malaysia, dan MIDF Investment Scheme dalam senarai itu.

“Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” menurut BNM.

Sila klik http://bnm.gov.my/fca. untuk mendapatkan maklumat lanjut, tambah bank pusat.

Menurut laman web rasmi BNM, FCA merupakan panduan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai entiti atau skim yang telah disalah anggap atau kelihatan sebagai entiti atau skim berlesen atau dikawal selia oleh bank pusat,

“Senarai ini dikemas kini berdasarkan maklumat yang diterima oleh BNM daripada orang ramai dan selepas menjalankan penilaian yang sewajarnya ke atas entiti dan skim yang dilaporkan.

“Pengguna boleh merujuk FCA sebagai salah satu cara untuk menyemak sama ada sesebuah entiti atau skim itu telah dikenal pasti tidak mendapat kebenaran daripada BNM untuk menawarkan produk atau perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh BNM,” tegasnya.

Walau bagaimanapun, jika selepas itu nama entiti atau skim tersebut tiada atau dikeluarkan daripada senarai FCA tersebut, hal itu tidak seharusnya ditafsirkan sebagai pengesahan bahawa entiti atau skim berkenaan telah diberi lesen atau berada di bawah kawal selia BNM.

BNM menekankan bahawa sama seperti mana-mana pelaburan kewangan, pengguna dinasihati supaya melakukan usaha wajar apabila membuat pelaburan dengan mana-mana entiti atau skim kewangan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings