the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR: Syarikat AstraZeneca Sdn Bhd hari ini berjaya membatalkan saman yang difailkan 12 individu berhubung isu suntikan vaksin bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang didakwa telah memberikan kesan teruk termasuk kematian.

Hakim Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Astrazeneca untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Peguam Hemalatha Ramulu, yang mewakili Astrazeneca, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu selepas prosiding kes secara dalam talian.

Turut hadir pada prosiding itu ialah peguam Muhammad Shahrin Satheer yang mewakili kesemua plaintif.

Pada tahun lepas, sekumpulan rakyat Malaysia memfailkan saman terhadap kerajaan, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Khairy Jamaluddin sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi program vaksinasi negara ketika itu.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Ketua Pengarah Kesihatan ketika itu, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Pfizer Malaysia Sdn Bhd, Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd dan AstraZeneca.

Pernyataan tuntutan plaintif mendakwa KKM telah memberi satu deklarasi tidak sah dan suatu persetujuan yang dipaksa untuk mengelakkan mereka diambil tindakan berikutan kesan sampingan teruk melalui suntikan vaksin Covid-19.

Sehubungan itu, mereka menuntut defendan supaya bertanggungjawab atas kesan suntikan vaksin Covid-19 yang memberi kesan sampingan teruk termasuk menyebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan komplikasi lain yang mengakibatkan kerugian.

Mereka turut menuntut ganti rugi am dan ganti rugi khas daripada defendan.

Selain itu, plaintif menuntut agar semua vaksin yang digunakan selepas ini perlu menjalani ujian klinikal dan laporan klinikal penuh terhadap keberkesanan suntikan Covid-19 perlu dikeluarkan oleh defendan.

Mereka juga memohon injunksi interim bagi menghalang defendan daripada memberikan suntikan vaksin Covid-19 secara meluas kepada rakyat Malaysia yang lain sehingga kajian klinikal dilakukan dan laporan lengkap disediakan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings