the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemilik akaun FB di arah fail pembelaan terhadap saman Fahmi Fadzil sebelum 15 Jan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan pemilik akaun Facebook “N13 Kuang”, Mohd Fauzan Madzlan memfailkan pernyataan pembelaan selewat-lewatnya 15 Jan ini untuk menjawab saman yang dikemukakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu selaku plaintif memfailkan saman terhadap Mohd Fauzan pada 5 Sept lepas, atas dakwaan memfitnah kononnya beliau memberikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor.

Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili Fahmi berkata mahkamah turut mengarahkan Fahmi memfailkan jawapan kepada pembelaan berkenaan sebelum atau pada 29 Jan ini.

“Mahkamah menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 7 Feb 2024 untuk kedua-dua pihak mengemas kini status pemfailan dan pemfailan interlokutori (sekiranya ada),” kata Asheeq Ali ketika dihubungi selepas pengurusan kes secara e-Review di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar hari ini.

Selain Mohd Fauzan, Fahmi juga menfailkan saman terhadap penceramah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani serta Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai “Papagomo” berhubung isu sama.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan telah menyiarkan kata-kata fitnah yang mendakwa beliau menyalahgunakan tempat beribadah iaitu masjid bagi tujuan kempen pilihan raya dan bertindak bertentangan dengan titah dan perintah Sultan Selangor.

Fahmi mendakwa kata-kata fitnah itu disiarkan di akaun Facebook milik Mohd Fauzan serta akaun Facebook dan Instagram milik Ahmad Dusuki pada 31 Julai lepas manakala di akaun TikTok dan Facebook Wan Muhammad Azri pada 1 Ogos lalu.

Menurut Fahmi, kenyataan fitnah itu tidak berasas dan pihak Majlis Agama Islam Selangor telah mengesahkan bahawa beliau sama sekali tidak memberikan ucapan berbaur politik seperti mana yang difitnah oleh defendan.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk atau teladan dan perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada mengulangi atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings