the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AMK buat laporan polis terhadap Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Azhar Yahya kerana mengeluarkan kenyataan berunsur 3R (kaum, agama dan institusi diraja).

Laporan dibuat di Balai Polis Setapak oleh Ketua AMK Wilayah Persekutuan Mohammad Azfar Aza Azhar itu menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut kerana kenyataan yang dibuat oleh Azhar mengenai pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengakibatkan ketegangan kaum selain menggunakan fakta yang salah.

“Kita faham mungkin ada yang setuju atau tidak mengenai pilihan raya PBT, tapi apabila kita mainkan isu perkauman terutama sekali apabila menggunakan fakta yang salah.

“Beliau (Azhar) menyebut di Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak merupakan kawasan majoriti bukan Melayu. Itu kenyataan yang salah kerana di Lembah Pantai mempunyai 59 peratus pengundi Melayu, Cina (17 peratus) dan India (11 peratus)…di Bandar Tun Razak, 62 peratus terdiri daripada kaum Melayu dan selebihnya adalah kaum bukan Melayu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di sini.

Sementara itu, Naib Pengerusi Keadilan Wilayah Persekutuan dan Ketua Cabang Keadilan Wangsa Maju Lai Chen Heng turut membuat laporan polis berhubung perkara itu di balai sama menyifatkan kenyataan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan itu sebagai tidak sensitif.

“Saya berharap pihak polis boleh ambil tindakan dan menyiasat apa yang dimaksudkan olehnya (Azhar). Tindakan wajar patut diambil untuk membendung perkara ini daripada berleluasa. Isu perkauman tak patut berlaku di zaman ini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan memaklumkan kes dirujuk ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman memandangkan ia menyentuh isu 3R.

Terdahulu, Azhar Yahya memuat naik hantaran menerusi beberapa platform media sosial yang mengulas mengenai pilihan raya PBT. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings