the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan 2024: Kerajaan Kedah peruntuk RM1.241 bilion

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah hari membentangkan Belanjawan Negeri 2024 melibatkan peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM1.241 billion.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata dengan mengambil kira anggaran hasil, perbelanjaan mengurus dan Kumpulan Wang Pembangunan, defisit tahun 2024 dianggarkan sebanyak RM104.1 juta atau 13.92 peratus.

“Saya mohon mencadangkan peruntukan perbelanjaan mengurus untuk Bajet 2024 berjumlah RM852.1 juta. Daripada jumlah ini, sebanyak RM100.39 juta diperuntukkan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

“Anggaran perbelanjaan ini dijangka meningkat sebanyak RM12.98 juta atau 1.5 peratus berbanding tahun 2023,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2024 pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri juga menganggarkan unjuran hasil RM748 juta iaitu peningkatan sebanyak RM13 juta atau 1.77 peratus berbanding 2023.

“Daripada jumlah ini, antara penyumbang terbesar adalah daripada Hasil Cukai iaitu RM354.23 juta atau 47.36 peratus diikuti Hasil Bukan Cukai RM223.42 juta (29.87 peratus) dan terimaan Bukan Hasil pula berjumlah RM170.35 juta (22.77 peratus),“ katanya.

Beliau berkata Belanjawan Kedah 2024 dirangka secara realistik dengan mengimbangi hasil dan perbelanjaan ke arah merealisasikan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings