the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari

CHUKAI: Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu di sebuah kedai menjual ayam di Jabur Kubur, Jalan Air Putih di sini, Sabtu lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Hospital Kemaman ke atas suspek berusia 21 tahun yang kini dirawat di wad bersalin hospital berkenaan.

Majistret Sharifah Amirda Shasha juga membenarkan reman untuk tempoh sama terhadap seorang lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai kekasih wanita berkenaan.

Kedua-dua suspek ditahan di sekitar Jabur Kubur dan pekan Chukai, di sini antara 11 pagi hingga 3 petang, semalam.

Sabtu lepas, seorang bayi lelaki yang sudah tertanggal tali pusat dijumpai di atas lantai sebuah kedai menjual ayam dengan hanya beralaskan baju dan dalam keadaan menggigil kesejukan oleh seorang pemandu lori ayam kira-kira 7.30 pagi.

Bayi cukup sifat seberat tiga kilogram itu dilahirkan pada 12 Mei lepas di rumah suspek lelaki itu di Jabur Kubur sebelum ditinggalkan di kedai terbabit pada 18 Mei.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings