the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

K’jaan Pahang kaji wujudkan hab permotoran, litar di Temerloh – MB

TEMERLOH: Kerajaan Pahang sedia mengkaji cadangan menjadikan Temerloh sebagai hab permotoran termasuk membina litar di daerah itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata beberapa perkara perlu diteliti terlebih dahulu termasuk dari aspek lokasi dan tanah sebelum ia dilaksanakan pada masa akan datang.

“Kalau tak ada masalah dan kita mempunyai tapak untuk buat projek litar dan sebagainya kita akan laksanakan, tetapi kena ada kajian serta perbincangan lanjut selain perlu lalui proses tertentu.

“Buah masa ini, daerah Temerloh sebagai titik tengah Semenanjung dilihat sesuai untuk dijadikan hab permotoran termasuk membina litar untuk aktiviti tersebut,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Karnival Permotoran 2 Roda Temerloh 2023 di Dataran Temerloh di sini hari ini.

Karnival dua hari itu, yang antara lain bertujuan mengumpulkan peminat dunia permotoran serta memberi kesedaran jalan raya, menurutnya telah mendapat sambutan yang baik apabila merekodkan lebih 15,000 kehadiran pengunjung.

Justeru, Wan Rosdy mencadangkan program julung kali diadakan itu diteruskan pada tahun hadapan dan kerajaan negeri sedia memberi sokongan kepada acara yang melibatkan golongan muda negeri itu.

“Program ini kita akan jadikan acara tahunan di Temerloh dan dalam masa sama saya minta ia turut dilaksanakan di daerah lain kerana mendapat sambutan…program ini dapat mewujudkan silaturahim dalam kalangan mereka (golongan muda),“ katanya

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa cakna dan peka terhadap golongan muda, misalnya Belanjawan Pahang 2024 telah memperuntukkan sebanyak RM720,000 iaitu RM200 seorang bagi membantu anak Pahang berusia 18 hingga 21 tahun mengambil lesen memandu.

“Saya juga ingin nasihatkan supaya orang muda ambil lesen dan memandu secara berhemah serta berdisiplin di jalan raya,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Matrix Robotics Debuts at Dalian Summer Davos as Sole Humanoid Robotics Service Provider, with...

DALIAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - The World Economic Forum's 17th Annual Meeting of the New Champions, also known as Summer Davos, opened on June 23 at the Dalian International Conference Center.

Allianz: $125 billion in vessel and cargo value awaits passage from the Persian Gulf

Allianz warns that geopolitical tensions and the Strait of Hormuz disruption have left about US$125 billion in vessel and cargo value awaiting transit. The report highlights growing maritime risks, supply chain uncertainty, ageing fleets, and the need for stronger resilience in global shipping operations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings