the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kongres Nasional PKR 2023 bermula hari ini

KUALA LUMPUR: Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 bermula hari ini dengan tumpuan terarah kepada ucapan perasmian serentak Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita oleh Timbalan Presiden Rafizi Ramli.

Kongres yang mengangkat tema “Memaknai Reformasi, Menjulang MADANI” itu berlangsung selama dua hari dan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pada kongres AMK dan Wanita itu, para perwakilan kedua-dua sayap bakal disajikan tayangan montaj 25 tahun Reformasi Keadilan dan genap setahun Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sejurus selepas perasmian, kedua-dua sayap berkenaan akan memulakan kongres masing-masing dengan ucapan dasar Ketua AMK Adam Adli Abd Halim dan Ketua Wanita Fadhlina Sidek, disusuli sesi perbahasan ucapan dasar ketua sayap.

Ia diikuti dengan sesi penggulungan oleh setiausaha, naib ketua, timbalan ketua dan ketua sayap masing-masing.

Dalam pada itu, Anwar dijadualkan menyampaikan ucapan dasar pada 8.30 malam sekali gus merasmikan Kongres Nasional peringkat pusat parti itu.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Rabu lepas dilaporkan berkata Kongres Nasional itu akan dihadiri 2,374 perwakilan dan 1,500 pemerhati selain turut dihadiri pimpinan utama parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan serta 50 perwakilan kedutaan asing.

Beliau berkata isu kemakmuran ekonomi, kebajikan dan keadilan sosial, tatakelola pentadbiran yang baik dan kestabilan politik akan menjadi tumpuan utama dalam perbahasan.

Menteri Dalam Negeri itu juga berkata menerusi kongres berkenaan, PKR akan sekali lagi menegaskan mesej dan pendirian terhadap isu kemanusiaan yang berlaku sejak berlaku kemelut Palestin dan Israel selain mengadakan slot khas bagi memperingati mangsa kekejaman rejim Zionis itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings