the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gangguan bekalan air pulih sepenuhnya hari ini – Chow

GEORGETOWN: Baki 9,760 daripada keseluruhan 200,000 pengguna yang terlibat dengan gangguan air sejak Selasa lepas susulan paip pecah di dasar Sungai Perai dijangka memperoleh semula bekalan mereka selewat-lewatnya hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata proses pemulihan sudah pun mencapai 97 peratus pagi ini dan yakin 11 lagi kawasan yang masih terjejas di daerah Barat Daya akan dapat dipulihkan sepenuhnya hari ini.

“Proses pemulihan ini mengambil masa sedikit panjang kerana berkemungkinan pengguna yang telah menerima bekalan lebih awal bertindak mengisi tangki menyebabkan kawasan di hujung sistem dan tinggi lewat menerima air, namun kita harap hari ini dapat capai 100 peratus,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Kebajikan Kek Lok Si di sini hari ini.

Kira-kira 200,000 pengguna di Barat Daya (bahagian pulau) dan Seberang Perai mengalami gangguan bekalan air berikutan penutupan sementara saluran paip sebesar 1,350 milimeter (mm) di Sungai Perai yang pecah pada 18 Dis lepas.

Sementara itu, mengulas gesaan parti Gerakan supaya memberi diskaun 50 peratus kepada pengguna terjejas, Chow berkata kerajaan negeri sedia mempertimbangkan perkara itu, namun menyifatkan ia bukanlah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi ketika ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga berharap kerjasama dengan Perak dalam isu pembelian air mentah dapat direalisasikan, sekali gus membantu meningkatkan kuantiti air terawat di negeri ini sebagai penyelesaian jangka sederhana dan panjang.

Chow dalam pada itu, memberitahu pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk meneliti kelemahan yang perlu diperbaik bagi mengurangkan impak gangguan bekalan air, selama empat hari pada Januari tahun depan.

“Kejadian yang tidak dijangka ini memberi peluang kepada kita untuk melihat kelemahan dan apa yang perlu kita betulkan supaya dapat meminimumkan impak …. Kita tidak pernah nafi akan ada impak tetapi akan sedaya upaya mengurangkannya,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings