the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN Perlis beri jaminan tiada kenaikan harga pada perayaan Krismas

KANGAR: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis memberi jaminan tidak berlaku kenaikan harga terhadap sembilan barangan kawalan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas (SHMMP) 2023 yang bermula semalam hingga 27 Dis.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDN Perlis Farah Adlina Ropaie berkata hasil pemeriksaan terhadap tiga pemborong dan 107 peruncit pada hari pertama skim itu berlangsung semalam, pihaknya mendapati peniaga mematuhi harga maksimum yang ditetapkan itu serta menggunakan penandaan harga berwarna merah jambu pada kesemua barangan tersebut.

Beliau berkata Pejabat KPDN Perlis telah menggerakkan semua pegawai penguat kuasa bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di peringkat pemborong dan peruncitan terutama di lokasi strategik seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya di seluruh negeri Perlis.

“Pendekatan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan ke atas perundangan yang dikuatkuasakan,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan dan tinjauan mesra SHMPP di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Untuk rekod, bagi negeri Semenanjung, sembilan barangan terpilih dikawal di bawah SHMMP itu yang melibatkan kategori barangan seperti daging, sayuran dan barangan kering antaranya daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, bawang merah besar import dan bawang kuning besar.

Farah Adlina berkata Pejabat KPDN Perlis juga melaksanakan advokasi secara berterusan kepada peniaga bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi perundangan ditetapkan sepanjang pelaksanaan itu berlangsung.

Mengenai bekalan bawang, beliau memaklumkan bekalan bawang mencukupi di negeri itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings