the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Projek pengawalan hakisan pantai di Pekan siap 2026

PEKAN: Projek pengawalan hakisan pantai di Kampung Tanjung Batu, Nenasi di sini yang melibatkan pemulihan pesisir pantai sepanjang 4.3 kilometer (km) dan mendalamkan muara Sungai Tering, dijadualkan siap pada Mac 2026.

Pengurus Besar Vista Infinity Development Sdn Bhd (Vista) Mohd Reezal Mahat berkata projek dilaksanakan pihaknya selaku kontraktor utama dengan kos RM58 juta bermula Mac lepas, berkemungkinan siap lebih awal dari dijadualkan selepas mengambil kira kemajuan projek setakat ini.

Kerja pengawalan hakisan pantai itu melibatkan penambakan semula kawasan pantai selebar 200 meter sepanjang 4.3 km bermula dari muara sungai Tering menghala ke selatan, manakala proses mendalamkan semula muara sungai berkenaan sedalam 1.5 meter, dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selaku pemilik projek.

“Setakat 20 Dis, kemajuan kerja fizikal sebenar di tapak telah mencapai 25 peratus berbanding 23 peratus yang dirancangkan. Antara elemen penyumbang kemajuan utama ialah pembinaan tembok penahan alur tebing sungai sepanjang 300 meter yang telah mencapai lebih dari 30 peratus.

“Fungsi utama tembok adalah untuk membantu mengatasi masalah muara Sungai Tering yang sering cetek dan berbeting bagi menjamin laluan keluar masuk nelayan ke laut boleh digunakan setiap masa sepanjang tahun,“ katanya kepada Bernama semasa ditemui di tapak projek di Kampung Tanjung Batu di sini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Pegawai Daerah Pekan Datuk Zaliza Zulkipli dan Pengerusi Vista Group Mohd Ghani Hitam.

Mohd Reezal berkata projek turut melibatkan pemasangan lampu tanda arah suar yang didatangkan khusus dari Sepanyol untuk kemudahan panduan pelayaran keluar masuk melalui muara sungai Tering pada waktu malam.

Selain itu pihaknya juga akan menambah kapasiti armada kerja-kerja marin iaitu jentera pengerukan perairan yang dibawa khusus dari China untuk mempercepat kerja penambakan pasir.

“Sebanyak 140,000 metrik tan batu akan digunakan bagi pembinaan dua unit tembok pelindung alur muara yang melibatkan batu teras sebagai lapisan paling bawah dan batu perisai bagi lapisan luar menghadap laut, dengan berat setiap satunya antara satu ke lapan tan yang diperoleh dari empat kuari sekitar Kuantan dan Rompin.

“Kawasan pantai yang terhakis di sepanjang 4.3 kilometer akan ditambak menggunakan pasir pantai sekurang-kurangnya sebanyak 1.2 juta meter padu pada jarak kelebaran 200 meter dari garisan gigi pantai sedia ada.

“Ini membolehkan pantai yang dipulihkan menjadi lebar dan landai apabila siap kelak,“ katanya menambah semua batuan dan tambakan laut perlu mengikut piawaian mutu serta spesifikasi selain perlu melalui beberapa ujian kejuruteraan yang dikawal selia ketat pihak perunding dan wakil tapak.

Sementara itu, Mohd Ghani berkata projek itu apabila siap, dapat mengembalikan rasa selamat dan memudahkan penduduk berhampiran pantai kerana alur pelayaran serta muara sungai tidak lagi tersumbat akibat air pasang surut selain nelayan akan bebas menggunakan muara berkenaan sepanjang masa.

“Pantai yang lebar dan landai selebar 200 meter membolehkan kawasan ini dibangunkan sebagai lokasi pelancongan kerana kawasan ini dahulunya juga pernah mempunyai chalet yang terkenal sebelum hakisan pantai berlaku,“ katanya.

Beliau berkata pelaksanaan projek itu secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang diambil bekerja dengan Vista, selain syarikat tempatan seperti sektor pengangkutan, kuari, kedai perkakasan dan kedai makan di kawasan sekitar memperoleh peluang perniagaan.

“Kita juga mewujudkan pasukan ‘task force’ yang bersiap sedia 24 jam bagi kerja kecemasan sepanjang musim tengkujuh, jika berlaku. Pasukan ini sebagai contoh telah membantu membina ban pasir penghadang sementara bagi mengelak ombak membadai terus rumah penduduk berdekatan pantai supaya tiada kejadian tidak diingini,“ katanya.

Sementara itu, Penghulu mukim Kampung Tanjung Batu Mudzafar Abu Samah berkata masalah hakisan itu difahamkan bermula sejak enam tahun lepas, namun semakin memburuk pada 2020 menyebabkan ada rumah penduduk yang jaraknya hanya tinggal sekitar 20 hingga 40 meter dari pantai.

Masalah hakisan selebar 250 meter itu juga menyebabkan pusat peranginan terkenal di situ, Kekunang Tering Chalet yang terletak kira-kira 100 meter dari pantai terpaksa menghentikan operasi akibat terhakis teruk sehingga ‘ditelan’ laut.

“Kejadian hakisan pantai juga mendatangkan kesukaran kepada hampir 30 nelayan untuk keluar dan masuk ke jeti kerana air semakin cetek dan berlaku perubahan pada muara yang menjadi laluan utama bot mereka untuk keluar menangkap ikan.

“Ada masanya nelayan boleh keluar pada waktu pagi, namun perlu menolak bot semasa pulang dan kita berharap masalah ini boleh diselesaikan kerana ia menjejaskan punca pendapatan mereka,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings